Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mesyuarat Kerjasama YHM, JPNT & Terengganu Inc. bagi penanaman pokok
diterbitkan pada 27 June 2022

Satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan kerjasama antara Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) telah diadakan di Wisma TI, Chendering, Terengganu pada 27 Jun 2022.

Tujuan mesyuarat untuk membincangkan insentif pengecualian cukai serta kawasan-kawasan berpotensi bagi penanaman pokok di Terengganu dalam usaha bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Naib Presiden Kanan, Pejabat Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Mohd Roslan Mamat.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Roslan Rani bersama wakil-wakil YHM yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pengurusan Projek YHM, Dr. Rafidah Rashid serta wakil syarikat di bawah Terengganu Inc. daripada TDM Berhad, Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. dan EPIC Berhad.

Menerusi kerjasama seperti ini, YHM berharap agar agenda Penghijauan Malaysia akan dapat terus diperkasakan melalui penglibatan pelbagai pihak khususnya badan-badan korporat di negara ini.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my