Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS adakan penanaman bakau bersama SMK Sebuyau
diterbitkan pada 25 June 2022

Pejabat Hutan Wilayah Kuching, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengadakan program penanaman bakau bersama SMK Sebuyau di Tebingan Batang Lupar, Sebuyau dengan penglibatan 60 peserta pada 25 Jun 2022.

Peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru sekolah tersebut, kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Kuching serta penduduk setempat ini telah berjaya menanam sebanyak 500 anak pokok bakau.

Program ini diadakan untuk memupuk minat menanam pokok serta nilai kepentingan memelihara alam sekitar dalam kalangan masyarakat terutamanya para pelajar selaras dengan Kempen Penanaman 100 juta Pokok dan Greening Sarawak.

Penanaman kali ini merupakan program ketiga yang diadakan oleh Pejabat Hutan Wilayah Kuching bersama agensi luar dan penduduk setempat dan sehingga 25 Jun, 2,260 pokok anak bakau telah berjaya ditanam.

Aktiviti penanaman ini akan diteruskan oleh penduduk setempat sehingga mencapai sasaran 5,500 anak pokok bakau pada 3 Julai 2022 nanti.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my