Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

100 sukarelawan berjaya tanam 600 pokok di HS Raja Musa
diterbitkan pada 25 June 2022

Seramai 100 sukarelawan bagi program penanaman pokok anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Global Environment Centre (GEC) di Hutan Simpan (HS) Raja Musa, Bestari Jaya, Selangor pada 25 Jun 2022 telah berjaya menanam sebanyak 600 pokok tenggek burung (Melicope lunu-ankenda).

Para peserta program terdiri daripada individu serta wakil-wakil daripada institusi pendidikan dan badan korporat. Mereka diberi pendedahan, pengalaman serta pengetahuan tentang kepentingan pemuliharaan hutan paya gambut.

Aktiviti ini dikendalikan oleh GEC setiap bulan dan sesi seterusnya akan dijalankan pada 23 Julai 2022. Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila ikuti Facebook GEC (https://www.facebook.com/globalenvironmentcentre).

Pada 19 Jun lalu, seramai 96 murid SJKC Cheong Hua terlibat dalam aktiviti pemuliharaan paya laut di Tebuk Mendeleng, Sabak Bernam, Selangor.

Kumpulan ini berjaya menanam 500 anak pokok spesies paya laut di kawasan terosot serta menyemai 120 biji benih di tapak semaian bersama-sama dengan guru-guru, ibubapa dan wakil-wakil daripada Benih Hijau, Sahabat Hutan Bakau Kampung Datok Hormat and GEC.

Sumber: Global Environment Centre

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my