Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Inisiatif Pucuk Hijau UMW dilancar
diterbitkan pada 25 June 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato' Sri Mustapa Mohamed telah melancarkan Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh Resort, Tumpat, Kelantan pada 25 Jun 2022.

Di bawah inisiatif ini, pihak Kumpulan UMW menyasarkan untuk menanam sebanyak 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia sehingga tahun 2024.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan UMW, YAB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, YBhg. Dato' Ahmad Fuaad Kenali; wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan; Ahli Barisan Kanan Pengurusan Kumpulan UMW serta rakan kerjasama Inisiatif Pucuk Hijau UMW daripada Yayasan Hijau Malaysia; Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Rakan Pendidikan Astro, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UiTM Cawangan Kelantan, Toyota, Perodua dan lain-lain.

Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk melestarikan alam sekitar di bawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sehingga 7 Jun 2022, pihak UMW telah menanam sebanyak 22,070 pokok paya bakau di lapan (8) lokasi di Selangor, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak.

Pada majlis pelancaran tersebut, sebanyak 1,200 pokok bakau ditanam oleh lebih 100 individu termasuk 80 sukarelawan daripada UMK.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my