Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

YHM lawat tapak penanaman pokok di Villea Port Dickson
diterbitkan pada 20 June 2022

Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah mengadakan lawatan ke Villea Port Dickson, Negeri Sembilan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja penanaman pokok oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 20 Jun 2022.

Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil daripada Bahagian Kelestarian PNB, Bahagian Landskap Villea Port Dickson, pihak konsultan serta kontraktor yang dilantik.

Sebagai salah satu penaja, PNB akan menanam sebanyak 1,888 pokok di resort Villea Port Dickson dengan kerjasama YHM bagi menyokong pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di sekitar kawasan resort sejak awal Jun lalu untuk pelaksanaan penanaman pokok secara berperingkat.

Penanaman 1,888 pokok daripada lapan spesies termasuk dua spesies pokok renek ini dijangka akan selesai pada hujung bulan Jun 2022.

Antara spesies pokok yang ditanam, pokok rainbow eucalyptus (Eucalyptus deglupta), ketapang (Terminalia catappa), susun kelapa (Tabernaemontana divaricata), rhu (Casuarina equisetifolia), benjo fig (Ficus lyrata), bottlebrush (Melaleuca viminalis), dwarf umbrella (Schefflera arboricola) dan chinensis fringe flower (Loropetalum chinensis).

Pihak PNB juga komited untuk menanam pokok di enam (6) buah resort bawah seliaan mereka mulai tahun ini sehingga 2025 dengan penanaman di Villea Port Dickson sebagai permulaan.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my