Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Program Kembara Hijau-HOM tanam 11,800 pokok
diterbitkan pada 30 May 2022

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dengan kerjasama Pertubuhan Nadi Sihat iaitu sebuah badan bukan kerajaan telah menganjurkan Program Kembara Hijau bersama Himpunan Outdoorians Malaysia (HOM) dengan misi menanam 11,800 pokok.

Program ini diadakan sempena Kempen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 di Kompleks Eko-Pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis pada 27-29 Mei 2022 yang lalu.

Matlamat program ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan penglibatan aktif semua pihak terutama penggiat aktiviti lasak berhubung Kempen Penghijauan Malaysia selain daripada mempromosikan kawasan eko-pelancongan di negeri Perlis.

Program ini dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan dihadiri oleh Menteri Besar Perlis, YAB Datuk Seri Azlan Man; Menteri Tenaga dan Sumber Asli; YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia; YBhg. Dato' Indera Mohd Ridza Awang sebagai tetamu kehormat.

Program ini melibatkan aktiviti penanaman pokok oleh peserta HOM, agensi-agensi Kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Negeri Perlis. Selain itu, peserta HOM turut berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti lasak lain seperti berbasikal, mendaki Bukit Wang Gunung, meneroka Gua Wang Burma, konvoi motorsikal berkuasa tinggi serta paintball.

Sehingga 29 Mei 2022, jumlah pokok yang telah ditanam di Negeri Perlis adalah 120,099 pokok (60.05%). Jabatan Perhutanan Negeri Perlis berharap agar anak pokok yang telah ditanam dapat memberikan manfaat kepada semua selaras dengan Program Penghijauan Malaysia.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my