Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Staf EUF FRIM tanam 30 pokok di kampus utama
diterbitkan pada 14 June 2022

Seramai 31 kakitangan daripada Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar (EUF) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman 30 pokok di FRIM, Kepong pada 14 Jun 2022 untuk menggantikan pokok-pokok yang mati akibat panahan petir serta menutupi ruang terbuka yang sedia ada.

Aktiviti yang dijalankan di Field 11, berhampiran dengan Perpustakaan FRIM ini turut disertai Ketua Program EUF, Ahmad Azaruddin Mohd Noor, Ketua Cawangan Perhutanan Bandar, Dr Ahmad Nazarudin Mohd Roseli serta Ketua Cawangan Pendidikan Alam Sekitar, Nik Azyyati Abdul Kadir.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada 20 pokok Meranti tembaga (Shorea leprosula) dan 10 Meranti pa’ang (Shorea bracteolata).

Secara tidak langsung, aktiviti ini juga menyumbang kepada usaha Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mulai pada tahun 2021 sehingga 2025.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my