Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS sumbang 288 pokok sempena Ulangtahun ke-47 CMS
diterbitkan pada 27 May 2022

Pengagihan anak pokok Rhu laut kepada Group Managing Director CMS

Bersempena dengan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) yang diadakan pada 27 Mei 2022 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengagihkan sebanyak 288 anak pokok.

JHS dijemput oleh CMS untuk membuat promosi "Greening Sarawak" dan Kempen Penananam 100 Juta Pokok. Inisiatif tersebut merupakan sokongan aktif pihak badan-badan korporat di Sarawak untuk merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri Sarawak dalam mencapai sasaran penanaman sebanyak 7 juta pokok setahun atau 35 juta pokok menjelang tahun 2025.

Selain pengagihan 288 anak pokok spesies Rhu ronang (Gymnostoma nobile), JHS turut mengedarkan cerderahati berupa barang-barang promosi "Greening Sarawak" seperti buku nota, pen, pendrive dan lain-lain kepada ahli-ahli korporat yang hadir pada program tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib turut menerima anak pokok yang disampaikan oleh Jonny anak Ujeng, wakil Pejabat Hutan Wilayah Kuching.

Disamping itu, ahli-ahli korporat yang hadir juga diberi pendedahan mengenai aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia dan cara-cara mendapatkan mata ganjaran melalui aktiviti penanaman pokok yang telah berdaftar dalam aplikasi tersebut.

Secara umumnya, para peserta yang terdiri daripada kakitangan CMS amat berminat dengan maklumat terkini berkenaan inisiatif JHS dalam memastikan kelestarian hutan di Sarawak terpelihara.

Pihak JHS berharap agar lebih banyak lagi badan-badan korporat yang akan menyokong "Greening Sarawak Campaign" dan Penghijauan Malaysia.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak.

Anak pokok Rhu laut yang akan diagihkan kepada ahli-ahli korporat

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my