Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, JMG tanam pokok, rasmi projek kerjasama
diterbitkan pada 25 May 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada Majlis Perasmian Projek Kerjasama FRIM-JMG di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar pada 25 Mei 2022 lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr Ismail Ibrahim, Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral JMG. Turut hadir, Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang (HL); serta Dr Ho Wai Mun dan Dasrul Iskandar Darus, Pegawai Penyelidik FRIM.

Penanaman fasa pertama seluas 0.5 hektar ini melibatkan 256 pokok daripada tiga spesies tempatan iaitu, meranti temak nipis (Shorea roxburghii), kapur borneo (Dryobalanops rappa) dan keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius) serta satu spesies eksotik, Eucalyptus hybrid.

Projek kerjasama ini bertujuan menghijau dan memulihkan kawasan SUGA yang merupakan bekas lombong bijih timah. Selain penanaman pokok, FRIM juga memberikan latihan kepada staf JMG dalam aspek penyediaan tapak tanaman dan penjagaan anak pokok selepas penanaman.

Staf HL juga menanam 240 pokok ditanam di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Segamat pada 12 Mei dan 120 pokok di SPF Bidor (25 Mei) bawah projek RMK-12 'Pemerkasaan Bank Germplasma ke arah Penghasilan Bahan Tanaman Berkualiti dan Berakreditasi untuk Menyokong Industri Perhutanan dan Herba Negara (Fasa 2)'.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my