Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

STM tanam pokok sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia
diterbitkan pada 04 June 2022

STM Lottery Sdn. Bhd. telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 4 Jun 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Seramai 25 kakitangan STM Lottery yang diketuai Pengurus Komunikasi, Sherifah Hanom menanam 20 anak pokok yang terdiri daripada belian (Eusideroxylon zwageri), keladan (Dryobalanops oblongifolia), meranti kepong (Shorea ovalis), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), sepetir (Sindora leiocarpa), giam lintah bukit (Hopea helferi), merbau (Intsia palembanica), jambu bol (Syzygium malaccense) dan beruas (Garcinia celebica).

Aktiviti ini dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM untuk meningkatkan penglibatan badan korporat serta komuniti dalam penanaman pokok dan penjagaan hutan. Ia juga diadakan untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my