Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MBSB Bank tanam 40 pokok di FRIM
diterbitkan pada 28 May 2022

Seramai 25 warga kerja Syarikat MBSB Bank telah menanam 40 pokok pelbagai spesies di kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor sebagai program tanggungjawab sosial korporat pada 28 Mei 2022.

Turut hadir untuk menyertai aktiviti ini ialah Shaliza Azlin Mohd Shamsuldin daripada Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik, Bahagian Perkhidmatan Korporat MBSB.

Pokok-pokok yang ditanam termasuk meranti pang (Shorea bracteolata), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), durian (Durio sp.), merawan meranti (Hopea sulcata), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), belian (Eusideroxylon zwageri), resak daun panjang (Vatica nitens), sepetir daun licin (Sindora coriacea), giam lintah bukit (Hopea helferi), kasai (Pometia pinnata), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius).

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini memberi peluang kepada pihak luar sama ada badan korporat, Jabatan/agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan untuk menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula daripada tahun 2021 hingga 2025.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my