Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

55 peserta tanam 100 pokok nadir di Rizab Sungai Bakar
diterbitkan pada 12 March 2022

Seramai 55 peserta program penanaman pokok anjuran Persatuan Pertanian Alami Negeri Kelantan (PETAK) telah menanam 100 pokok nadir pelbagai spesies di Rizab Sungai Bakar, Bukit Bakar, Machang, Kelantan pada 10-12 Mac 2022.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli PETAK serta wakil-wakil daripada Persatuan Orang Kota Bharu, PUSPANITA Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan, Min House Camp, Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Jabatan Amal Negeri Kelantan dan komuniti Bukit Bakar.

Pelaksanaan aktiviti ini mendapat dana sokongan daripada Yayasan Hijau Malaysia di bawah Penghijauan Malaysia Funding Programme yang disalurkan kepada PETAK.

Program yang dijalankan mulai Mac sehingga pertengahan Jun ini meliputi penanaman pokok secara berperingkat serta penjagaan pokok-pokok untuk tempoh tiga bulan.

Penanaman pokok di kawasan tersebut dilihat mampu memberi impak positif kepada komuniti yang terlibat khususnya dalam menyelamatkan tebing Sungai Bakar sejauh 1,000 kaki selain menjadikan persekitaran Hutan Lipur sebagai lokasi agropelancongan berkonsepkan Hutan Makanan dan Sekolah Hutan.

Ini termasuklah memberi kesedaran tentang kepentingan kolaborasi dan kerjasama pelbagai pihak untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia bagi mencapai sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

Selain itu, aktiviti penanaman pokok ini juga memberi peluang kepada golongan pelajar, badan-badan bukan kerajaan serta komuniti setempat termasuk orang kurang upaya untuk mempelajari cara-cara menjaga dan mencintai alam sekitar.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my