Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

90 sukarelawan tanam 350 pokok di Hutan Simpan Raja Musa
diterbitkan pada 28 May 2022

Seramai 90 sukarelawan telah menanam 350 pokok di kawasan terosot dalam Hutan Simpan (HS) Raja Musa, Bestari Jaya, Selangor pada melalui program penanaman pokok yang dijalankan pada 28 Mei 2022.

Program penanaman pokok bulanan yang diadakan setiap tahun oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Global Environment Centre (GEC) ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya penjagaan hutan dalam kalangan masyarakat umum.

Program ini dilaksanakan sejak tahun 2008 oleh JPNS bersama GEC dan usaha ini telah mendapat sokongan pelbagai pihak seperti HSBC Bank Malaysia Berhad, Yayasan Sime Darby, Inisfree Malaysia, Prosper Palm Oil Mill Sdn. Bhd. serta pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan komuniti.

Bagi tahun 2022, program ini dijalankan dengan kerjasama JPNS, GEC, HSBC Bank Malaysia, Prosper Palm Oil Mill, Pertubuhan Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara dan Pertubuhan Sahabat Gambut Asli Temuan dengan objektif seperti berikut:

  1. Membaikpulih kawasan terosot di Hutan Simpan Raja Musa dan HS Kuala Langat Utara;
  2. Memberikan pendedahan secara langsung dan memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan peserta yang terlibat dalam pemulihan HS Raja Musa, HS Kuala Langat Utara serta lain-lain hutan;
  3. Menyokong agenda Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok; serta
  4. Menyokong inisiatif ‘Central Forest Spine’ di koridor ekologi CFS2:SL3.


Program penanaman pokok yang seterusnya akan diadakan pada 25 Jun di HS Raja Musa dan pendaftaran bagi penyertaan sukarelawan tersebut telah penuh.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila ikuti Facebook GEC (https://www.facebook.com/globalenvironmentcentre). Aktiviti penanaman pokok yang seterusnya akan diadakan pada 23 Julai, 27 Ogos, 24 September dan 22 Oktober 2022. Sila klik pada pautan http://bit.ly/317cD1A untuk maklumat lanjut.

Sumber: Global Environment Centre

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my