Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kelab Belia Prihatin Malaysia tanam pokok di Tabika Perpaduan
diterbitkan pada 19 February 2022

Kelab Belia Prihatin Malaysia telah berjaya menanam 156 pokok baharu di beberapa buah Tabika Perpaduan sekitar Kota Kinabalu, Sabah menerusi Kempen ‘We Be-Leaf Together’ pada 19 Februari 2022.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang mendapat dana sokongan di bawah Penghijauan Malaysia Funding Programme Yayasan Hijau Malaysia.

Kesemua pokok yang ditanam merupakan pokok-pokok buah termasuk pokok pisang dan pokok jambu. Tujuannya untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan hasil pokok seterusnya memupuk sifat menghargai dan menyayangi alam sekitar seawal peringkat kanak-kanak.

Program yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan ini mendapat kerjasama Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Seramai 50 sukarelawan belia Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 780 kanak-kanak tabika perpaduan terlibat dalam aktiviti tersebut.

Dalam konteks dan libat-urus di Malaysia, Kelab Belia Prihatin telah merangka inisiatif ‘We Be - Leaf Together’ dalam memastikan belia di negara kita dapat memainkan peranan aktif serta komited dan cakna tentang isu-isu berkaitan perubahan iklim.

Setiap pokok yang ditanam akan melibatkan 10 pelajar dengan bantuan dua orang fasilitator daripada Belia Prihatin.
Inisiatif ini dijadikan sebagai aktiviti luar bilik darjah yang menyeronokkan selain membantu kanak-kanak menerapkan sifat tanggungjawab terutamanya dalam menjaga persekitaran yang berhampiran dengan kediaman mereka.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my