Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

SM St. Micheal tanam pokok sempena Program Kesedaran Alam
diterbitkan pada 14 May 2022

Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang telah mengadakan program penanaman pokok dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar sempena Program Kesedaran Alam Sekitar di Kalangadan Homestay Information Centre dan Papas Eco Camp, Marahang, Menggatal pada 14 Mei 2022.

Seramai 170 peserta terlibat dalam program tersebut termasuk para pelajar SM St. Michael dan murid-murid dari SK Tombongon, Menggatal.

Program tersebut juga mendapat sokongan daripada lima buah kampung iaitu Kg. Tomobogin, Kg. Marahang, Kg. Mawaras, Kg. Bongkud (Menggatal) dan Kg. Terawi (Penampang).

Wakil-wakil Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan JPS memberi taklimat kepada para peserta tentang kepentingan alam sekitar dan hutan.

Penanaman pokok oleh para pelajar merupakan aktiviti kemuncak dengan sebanyak 50 anak pokok selangan batu, Shorea sp ditanam sepanjang tebing sungai dan 50 lagi diberikan kepada komuniti setempat untuk ditanam di kawasan kampung masing-masing. Pokok-pokok ini merupakan sumbangan JPS.

Program ini dimulakan untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat untuk menyebarkan maklumat mengenai persekitaran yang mampan di samping memperatkan jaringan antara sekolah, jabatan-jabatan yang terlibat dan masyarakat setempat. Ia juga bertujuan mempergiatkan dan memupuk kesedaran dalam kalangan murid-murid serta pelajar tentang kepentingan persekitaran yang hijau, bersih dan mampan untuk kesejahteraan masyarakat.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my