Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

800 pokok bakau ditanam di FMU, Tuaran
diterbitkan pada 02 June 2022

2 Jun 2022, Khamis - Sebanyak 800 anak pokok bakau pelbagai spesies akan ditanam secara berperingkat oleh pihak Sulaman Wetland di kawasan pemuliharaan semula Unit Pengurusan Hutan (FMU) di Tuaran, Sabah sehingga pertengahan Jun ini.

Sulaman Wetland merupakan sebahagian daripada organisasi yang menerima dana di bawah Penghijauan Malaysia Funding Programme Yayasan Hijau Malaysia bagi melaksanakan aktiviti penanaman pokok sejak Mac 2022.

FMU adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sulaman Lake (SLMFR) Sabah.

Kesemua anak pokok bakau yang ditanam akan ditanda dan direkod dengan menggunakan tag pokok kod QR. Semua maklumat 800 anak pokok tersebut termasuk nama saintifik dan koordinat akan dimuatnaik ke dalam sistem portal khas agar boleh dirujuk oleh orang ramai.

Aktiviti penyediaan tag pokok kod QR dan penanaman pokok ini turut melibatkan penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan.

Inisiatif yang dilaksanakan ini mendedahkan konsep Revolusi Industri 4.0 dalam bidang pengurusan Data Raya (Big Data) kepada komuniti sekitar kawasan terlibat selain mengajar mereka untuk menggunakan perisian komputer seperti MS Office.

Aktiviti ini juga merupakan satu usaha pemuliharaan satu (1) hektar hutan bakau di kawasan tersebut dengan pertumbuhan anak-anak pokok akan dipantau dari semasa ke semasa.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my