Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, SEB adakan Program Penanaman Pokok di SMK Mukah
diterbitkan pada 24 May 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengadakan Program Penanaman Pokok di SMK Mukah dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) pada 24 Mei 2022.

Program yang melibatkan 60 pelajar Persatuan Pecinta Alam Sekitar (PAS) SMK Mukah ini merupakan inisiatif JHS untuk meningkatkan penglibatan badan korporat dan juga para pelajar dalam Kempen Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak Campaign.

JHS menyumbangkan sebanyak 100 anak pokok daripada spesies tempatan yang terdiri daripada medang teja (Cinnamomum iners), gaharu (Aquilaria beccariana) dan ubah (Eugenia oleina) untuk ditanam.

Program ini turut disertai Pengetua SMK Mukah, Mastura Mohamad Mansor; wakil JHS, Phillcaine Pilla dan wakil SEB, Puan Wong Yien Lim.

Selain itu, JHS juga mengagihkan sebanyak 30 anak pokok tempatan kepada penduduk di sekitar Mukah pada 23 Mei 2022 bagi melancarkan program 'Le Tour de Restoration: Greening Sarawak Campaign 2022'.

JHS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dalam menjayakan Kempen Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak Campaign yang sedang giat dijalankan sekarang.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my