Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Majlis perasmian program penanaman pokok gutta percha terbanyak oleh Yayasan Telekom Malaysia
diterbitkan pada 18 May 2022

Yayasan Telekon Malaysia dan rakan usahasamanya, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menganjurkan Program Penanaman 5,017 Pokok Gutta Percha secara serentak di 23 lokasi seluruh negara pada 18 Mei 2022. Ini sekaligus membolehkan program anjuran Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa ini mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records Tahun 2022.

Pokok Nyatoh Taban Merah yang lebih dikenali dengan nama pokok Gutta Percha atau nama saintifiknya Palaquium gutta daripada famili Sapotaceae merupakan spesies pokok yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pokok berharga kepada negara kita. Permintaan tinggi spesies tersebut disebabkan oleh kegunaan getah pokok ini sebagai penyalut kabel dalam air semasa perkembangan pesat telekomunikasi antarabangsa pada pertengahan abad ke-19.

'Gutta' bermaksud 'getah' manakala 'percha' adalah nama pokok tersebut. Pokok ini mula mengeluarkan getah berwarna putih apabila melebihi 15 tahun. Pada suhu bilik, getah gutta percha adalah keras namun apabila dipanaskan, bahan ini boleh dikepal-kepal menjadi pelbagai bentuk. Sifatnya yang mudah lentur dan tahan tekanan tinggi inilah yang menyebabkan ianya sesuai untuk pembuatan penyalut dawai dalam air, selain ianya digunakan sebagai pelapis bola golf, dalam rawatan gigi, penghasilan genggaman pistol dan bahan perhiasan.

Majlis Perasmian program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bertempat di Taman Botani, Putrajaya. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; YBhg. Dato' Indera Mohd Ridza Awang, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; YBrs. Dr. Ismail Parlan, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia; dan Encik Amin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my