Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS lancar Manual Pengurusan Tapak Semaian Perladangan Hutan PPP Sepilok
diterbitkan pada 26 April 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah melancarkan buku bertajuk, "Manual Pengurusan Tapak Semaian Perladangan Hutan Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok, Sabah" yang diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Perhutanan (PPP) JPS.

Penerbitan buku manual ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya dan Polisi Hutan Sabah 2018 dalam pemerkasaan pembangunan industri perkayuan dan ekonomi Sabah dengan sasaran membangunkan 400,000 hektar ladang hutan menjelang 2036. Ia juga selaras dengan objektif Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok mulai 2021 sehingga 2025.

Buku manual tersebut dihasilkan oleh Pegawai Penyelidik Kanan, Kuina Kimjus yang telah berkhidmat dengan JPS selama 24 tahun. Beliau merupakan penyelia nurseri PPP yang merupakan bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JPS. PPP diketuai oleh Dr Robert Ong yang juga Timbalan Ketua Konservator Hutan (R&D).

Buku manual ini diterbitkan dengan peruntukan dana Projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Perladangan Hutan di bawah Program Sokongan dan Pembangunan Penyelidikan Perhutanan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Bagi yang berminat untuk membaca manual ini, sila muat turun daripada pautan berikut: http://www.forest.sabah.gov.my/new/media/publications/other-publications.html.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my