Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM PCS, MP tanam pokok di SPF Bidor
diterbitkan pada 18 March 2022

Staf Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) dan Program Pemerkasaan Pensijilan Produk (MP) bersama ahli-ahli keluarga telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Bidor, Perak bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 18 Mac lalu.

Delegasi yang diketuai oleh Pengurus Pensijilan FRIM PCS, Nor Haliyan Tan Shilan yang turut disertai Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusannya telah disambut oleh Dr Ho Wai Mun, Penyelaras SPF Bidor.

Ho memberikan taklimat berkenaan sejarah stesen tersebut serta menerangkan cara-cara penanaman pokok.

Sebanyak 10 anak-anak pokok seperti Vatica umbonata (resak air), Eusideroxylon zwageri (belian), Dryobalanops oblongifolia (keladan), Shorea macrophylla (engkabang jantung) dan Shorea mecistopteryx (engkabang burung) yang disediakan oleh pihak SPF Bidor telah ditanam.

Pasukan FRIM PCS dan MP juga turut dibawa melawat ke sekitar kawasan SPF Bidor untuk menikmati keindahan pemandangan tasik bekas lombong bijih timah.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my