Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

STM Lottery sertai program 'Forester For A Day'
diterbitkan pada 26 February 2022

Aktiviti penanaman pokok oleh kakitangan STM Lottery Sdn. Bhd. telah diadakan di FRIM pada 26 Februari lalu.

Kumpulan seramai 20 peserta ini diketuai oleh Nerine Tan, Pengarah Eksekutif STM Lottery Sdn. Bhd. dan Giam Say Khoon, Pengurus Kanan (Komunikasi) STM Lottery.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan untuk pemuliharaan alam sekitar.

Sebanyak 20 pokok seperti keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), balau laut (Shorea glauca), damar hitam katup (Shorea balanocarpoides), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti tembaga (Shorea leprosula), kasai daun besar (Pometia pinnata), jambu bol (Syzygium malaccense), merbau (Intsia palembanica), giam (Cotylelobium melanoxylon) dan keruing bulu (Dipterocarpus baudii) telah ditanam.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini diadakan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula daripada tahun 2021 hingga 2025.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my