Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Terumo Malaysia tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 12 March 2022

Syarikat Terumo Malaysia Sdn Bhd kembali ke FRIM untuk menjalankan program penanaman pokok pada 12 Mac lalu bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 yang disambut pada 21 Mac setiap tahun.

Seramai 20 staf Terumo Malaysia diketuai oleh Dr Hilmy Yeop Ahmad, Pengarah Urusan terlibat dalam aktiviti penanaman kali ini. Syarikat ini pernah menjalankan CSR di FRIM pada 6 Mac 2021.

Sebanyak 20 pokok daripada pelbagai spesies seperti keruing bulu (Dipterocarpus baudii), balau laut (Shorea glauca), balau singkawang air (Shorea sumatrana), belian (Eusideroxylon zwageri), resak daun panjang (Vatica nitens), meranti kepong (Shorea ovalis), chengal (Neobalanocarpus heimii), giam lintah bukit (Hopea helferi), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), engkabang (Shorea macrophylla), pelong licin (Pentaspadon motleyi), tongkat ali (Eurycoma longifolia) and durian (Durio zibethinus) ditanam oleh mereka.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini diadakan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my