Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNT, UniSZA sambut HHA Peringkat Negeri
diterbitkan pada 31 March 2022

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Tahun 2022 Peringkat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu pada 31 Mac 2022 di Perpustakaan Al Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Besut.

Turut hadir, Profesor Dr Fadzli Adam, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin dan Mohd Rahim Rani, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) yang mewakili Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Roslan Rani, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.

Sambutan HHA kali ini dianjur bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dan pihak UniSZA. UniSZA merupakan sebuah institusi pendidikan yang bersedia untuk memainkan peranan dalam memelihara dan menghayati kepentingan hutan kepada masyarakat serta negara.

UniSZA Kampus Besut mempunyai keluasan tanah seluas 963 ekar. Pada tahun 2020, Pengurusan UniSZA telah bersetuju untuk mewartakan seluas 100 ekar tanah sebagai tanah rezab kekal yang dikenali sebagai Taman Rimba Ilmu Tanah BRIS UniSZA (TRIBE). Pemilihan TRIBE dilihat sebagai tapak yang sangat sesuai untuk aktiviti penanaman pokok bersempena Sambutan HHA 2022 Peringkat Negeri.

Aktiviti penanaman pokok oleh para pelajar, staf UniSZA dan kakitangan JPNT yang telah bermula pada 27 hingga 30 Mac 2022 ini melibatkan penanaman lebih 5,000 anak pokok pelbagai spesies di TRIBE. Antara spesies pokok yang telah ditanam, merawan siput jantan (Hopea odorata), merawan bunga (Hopea pubescens), balau pasir (Shorea materialis), gelam (Melaleuca cajuputi), meranti tembaga (Shorea leprosula), penaga lilin (Mesua ferrea), karas (Aqualaria sp.), kembang semangkuk (Scaphium macropodum), meranti rambai daun (Shorea acuminata), meranti sarang punai bukit (Shorea ovata) dan pokok buah-buahan tempatan.

Pada 2021, buat pertama kalinya UniSZA menyertai program penarafan kampus hijau peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai UI Greenmetric World University Ranking dan UniSZA telah berada pada kedudukan 487 daripada 956 universiti di seluruh dunia.

Dengan kerjasama dan inisiatif dalam program penanaman pokok bersama JPNT, UniSZA berkeyakinan mampu meningkatkan lagi kedudukan dalam penarafan UI Greenmetric World University Ranking untuk tahun-tahun seterusnya.

Kerjasama sebagai rakan strategik antara JPNT dan UniSZA dalam pelbagai program telah dilaksanakan sejak tahun 2020 terutamanya melibatkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 5 Januari 2021.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my