Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

YHM, UiTM adakan Program 'One to One Tree'
diterbitkan pada 30 March 2022

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menyediakan kawasan penanaman pokok di beberapa kampus UiTM di seluruh negara melalui pelaksanaan program 'One to One Tree' bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Majlis Pelancaran Program 'One to One Tree' serta Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara YHM dan UiTM telah diadakan pada 30 Mac 2022 di UiTM Kampus Shah Alam, Selangor dengan disempurnakan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Majlis menandatangani MoU diwakili oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr Roziah Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Amin Abdullah.

Dalam ucapannya, Takiyuddin berkata beliau berharap kerjasama antara YHM dan UiTM ini akan dapat mendidik dan mendedahkan warga universiti mengenai kepentingan penanaman pokok serta aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pokok di kawasan kampus UiTM di seluruh negara.

Tambahnya, kesediaan UiTM menyahut cabaran agenda peringkat kebangsaan ini menunjukkan komitmen sebuah institusi pendidikan yang unggul dalam memastikan seluruh warga universiti turut bertanggungjawab untuk menjaga sumber asli negara.

Beliau juga menanam pokok merawan siput jantan (Hopea odorata) dan aktiviti penanaman ini dijalankan secara serentak di kampus-kampus cawangan UiTM lain di seluruh negara. Sebanyak 15 pokok merawan siput jantan ditanam di kampus UiTM Shah Alam pada majlis tersebut.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UITM, Profesor Dato' Ts. Ir Dr Mohd Fozi Ali dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato' Indera Mohd Ridza Awang.

Dalam program 'One to One Tree', aktiviti penanaman pokok dijalankan untuk menggantikan pokok-pokok yang tua serta menambah jumlah pokok untuk menghijaukan lagi kawasan di dalam UiTM selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Melalui kerjasama ini, pihak UiTM akan menyediakan kawasan penanaman di beberapa kampus UiTM di seluruh negara manakala YHM akan memadankan tapak penanaman tersebut dengan mana-mana syarikat swasta yang berminat untuk melaksanakan aktiviti penanaman pokok.

Terdapat 19 lokasi penanaman telah dikenalpasti di kampus UiTM Shah Alam dengan anggaran 250 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies untuk ditanam.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my