Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MTC, YHM, komuniti Kampung Sijangkang tanam 300 pokok
diterbitkan pada 27 March 2022

Sebanyak 300 pokok bakau telah berjaya ditanam di Taman Rekreasi Paya Bakau, Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dalam Program Penanaman Bakau yang melibatkan hampir 70 peserta dari Malaysian Timber Council (MTC), Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan komuniti taman rekreasi tersebut pada 27 Mac 2022.

Kerjasama yang dijalinkan antara MTC, YHM dan komuniti Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ini merupakan satu usaha menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program tersebut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Amin Abdullah; Ketua Pegawai Operasi MTC, Noraihan Abdul Rahman dan Pengerusi Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Suhaimi Sanusi.

Menerusi kerjasama YHM dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pada awal Januari lalu, MTC juga telah mengadakan siri pertama aktiviti ini dengan menanam lebih 235 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies di Taman Tasik Cempaka, Bangi, Selangor.

Noraihan dalam ucapannya berkata, pemuliharaan alam sekitar merupakan bahagian penting dalam usaha kelestarian MTC. Ini terbukti melalui pelaksanaan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat antaranya, program ‘Giving Back to Community’, ‘Giving Back to Nature’ dan ‘Giving Back to the Stakeholders’ yang diperkenalkan sejak tahun 2021.

MTC turut menekankan komitmennya untuk terus menyokong inisiatif hijau ini yang memberi impak positif kepada alam sekitar.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my