Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, JMA adakan penanaman 300 pokok di pesisiran pantai Kampung Buntal
diterbitkan pada 30 March 2022

Selaras dengan inisiatif "Greening Sarawak Campaign" dan Kempen Penghijauan Malaysia, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Japan Malaysia Association (JMA) telah mengadakan program penanaman sebanyak 300 pokok pada 30 Mac 2022 di persisiran pantai Kampung Buntal.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada spesies Rhizophora mucronata atau bakau kurap.

JHS dan JMA telah mula menjalankan program penanaman pokok di seluruh Sarawak sejak tahun 1995.

Program pada kali ini melibatkan 60 peserta yang terdiri daripada warga Kinoshita Group yang berpangkalan di Jepun, para pensyarah dan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak serta komuniti sekitar.

Selain bertujuan memelihara dan memulihara biodiversiti di sekitar Kampung Buntal, pelaksanaan program restorasi di pesisiran pantai ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pokok bakau kepada ekosistem dan masyarakat.

JHS berharap agar lebih banyak lagi penyertaan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, badan korporat, institusi pengajian tinggi awam/swasta serta badan bukan kerajaan untuk terlibat dalam program restorasi bagi merealisasikan matlamat kerajaan Negeri Sarawak, khususnya dalam pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem negara.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my