Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Ketua Menteri Sabah rasmi sambutan HHA peringkat negeri
diterbitkan pada 25 March 2022

YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah telah merasmikan Program Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2022 Peringkat Negeri Sabah yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) pada 25 Mac 2022 di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan; Menteri Tugas-tugas Khas, YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, setiausaha-setiausaha tetap kementerian, ketua-ketua jabatan, serta wakil Timber Association of Sabah (TAS), Sabah Timber Industries Association (STIA), badan bukan kerajaan, ketua daerah, wakil-wakil Ketua Anak Negeri, pemaju-pemaju mukim dan juga komuniti setempat.

Program ini diadakan setiap tahun sebagai simbolik kepada usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu berkaitan dengan pemeliharaan hutan. Sambutan HHA 2022 bertemakan, 'Hutan dan Pengeluaran serta Penggunaan Berkekalan (Forests and Sustainable Production and Consumption)'.

Selaras dengan tema tersebut, Hajiji juga melancarkan buku 'Action Plan on Forest Plantation Development (2022-2036)' yang diterbitkan oleh JPS. Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan ini merupakan panduan bagi transformasi pembangunan ladang hutan di Sabah bagi tempoh 2022 hingga 2036.

Hajiji bersama-sama tetamu jemputan lain turut menanam pokok di kawasan hutan simpan tersebut. Sebanyak 200 anak pokok pelbagai spesies termasuk bintangor laut (Calophyllum inophyllum) dan nyatoh (Palaquium burckii) berjaya ditanam dengan penglibatan para pelajar sekolah dan penduduk setempat bagi menyahut sasaran Kempen Penghijauan Malaysia melalui Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan pada 2021.

Kerajaan Negeri Sabah menyasarkan penanaman 40 juta pokok dalam tempoh lima tahun mulai 2021, dan telah mencatatkan jumlah penanaman sebanyak 5,958,609 pokok setakat Mac 2022.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my