Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNJ, UTM tanam pokok di Sireh Park
diterbitkan pada 29 March 2022

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) telah menganjurkan Program Penanaman Pokok sempena Program Penghijauan Malaysia di Taman Rekreasi Awam Sireh Park, Iskandar Puteri pada 29 Mac 2022.

Program ini melibatkan 135 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta kakitangan Sireh Park. Turut serta dalam program ini ialah YB Tuan Haji Pandak Ahmad selaku ADUN Kota Iskandar dan Mohd Shukri Mohd Alip, Pegawai Silvikultur JPNJ.

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan para pelajar UTM dalam aktiviti penanaman pokok dan menghijaukan kawasan rekreasi Sireh Park yang telah dibuka kepada umum.

Sebanyak 300 pokok terdiri daripada pokok duku hutan (Dysoxylum parasiticum), kembang semangkuk (Scaphium affine), meranti tembaga (Shorea leprosula), meranti kepong (Shorea ovalis), machang (Mangifera foetida) dan sentul (Sandoricum koetjape) telah berjaya ditanam.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my