Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok, sambut Hari Hutan Antarabangsa
diterbitkan pada 21 March 2022

FRIM telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di beberapa lokasi dalam kampusnya di Kepong sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests, IDF) pada 21 Mac 2022.

Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM bersama Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi); pengarah-pengarah dan wakil-wakil bahagian telah menanam 51 batang pokok di Field 30 FRIM.

Bilangan pokok itu juga bersempena dengan tahun ke-51 tarikh 21 Mac diisytiharkan sebagai World Forestry Day (Hari Perhutanan Sedunia) yang ditubuhkan oleh FAO pada 1971 kemudiannya ditukar kepada IDF pada 2013 setelah PBB mengisytiharkan secara rasmi IDF tersebut pada 2012.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada spesies penaga lilin (Mesua ferrea), pelong licin (Pentaspadon motleyi), belian (Eusideroxylon zwageri), jambu bol (Syzygium malaccense), meranti kepong (Shorea ovalis) dan balau sengkawang air (Shorea sumatrana).

Dalam ucapannya, Ismail berkata: "Penyelidikan FRIM memastikan bagaimana inovasi berasaskan hutan, kecekapan sumber, produk berasaskan hutan dan perkhidmatan ekosistem boleh menyumbang kepada gaya hidup mampan. Usaha penyelidikan ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), iaitu kesihatan, kesejahteraan dan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon dan hijau."

Sementara itu, staf Bahagian Keluaran Hutan turut mengadakan aktiviti menanam 13 pokok di Pusat Teknologi Kayu (TTC) manakala staf Cawangan Ekopelancongan (ECO) menanam 11 pokok di Paya Burung.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my