Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pemangku Raja Pahang Rasmi Sambutan HHA Peringkat Kebangsaan
diterbitkan pada 26 March 2022

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Hutan Simpan Sungai Yu, Lipis, Pahang pada 26 Mac lalu.

Sambutan HHA yang bertemakan, 'Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat' tahun ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB. Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Program ini dihadiri 300 peserta termasuk ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pegawai-pegawai kanan KeTSA dan jemputan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, jabatan-jabatan persekutuan dan negeri, wakil-wakil komuniti, badan-badan bukan kerajaan serta pihak swasta.

Sebanyak 32 batang pokok yang terdiri daripada spesies tampoi (Baccaurea macrocarpa), merbau (Intsia palembanica), kundang daun kecil (Bouea oppositifolia) dan belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) juga telah ditanam.

Sumber: JPSM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my