Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS tanam 1,500 pokok sempena HHA2022 Sarawak
diterbitkan pada 22 March 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menanam 1,500 anak pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pada 21 Mac lalu melalui Program Penanaman Pokok yang diadakan sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2022 Peringkat Negeri Sarawak.

Program tersebut melibatkan 200 peserta yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan-badan berkanun, persatuan-persatuan dan institusi-institusi pengajian tinggi awam serta komuniti di sekitar Hutan Simpan Sabal.

Selaras dengan tema sambutan HHA2022, iaitu 'Forests and Sustainable Production and Consumption', pelbagai spesies pokok tempatan yang penting termasuk belian (Eusideroxylon zwageri), kapur (Dryobalanops spp.) dan meranti (Shorea spp.) telah ditanam.

Program tersebut disempurnakan oleh Jack Liam, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak dan turut hadir, Kapten Zainuddin Tan Sri Datuk Amar Hamdan Sirat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak.

Aktiviti penanaman pokok juga dijalankan oleh JHS secara serentak di pelbagai bahagian di Sarawak. Penganjuran program penanaman tersebut menunjukkan komitmen dan sokongan penuh Kerajaan Negeri Sarawak kepada Program Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak Campaign.

Pada tahun 2021, Negeri Sarawak telah mencatatkan rekod penanaman sebanyak 10.4 juta pokok mengatasi sasaran penanaman tahunannya, iaitu 7 juta pokok.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my