Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sukarelawan BNM tanam 100 pokok di Taman Eko Rimba Bukit Sg. Puteh
diterbitkan pada 12 March 2022

Seramai 20 ahli Pertubuhan Sukarelawan Bank Negara Malaysia (BNMV) telah menyertai "GO-BNMV Tree Planting Programme" dan menanam 100 anak pokok Kapur atau nama saintifiknya Dryobalanops aromatica di Taman Eko Rimba Bukit Sg. Puteh, Cheras, Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif CSR Bank Negara Malaysia melalui BNMV yang diketuai oleh Suhaimi Ali, Pengarah Pejabat Gabenor yang juga Presiden BNMV dan turut disertai Jessica Chew, Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia.

Program penanaman pokok ini dianjur dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Usaha murni BNMV ini akan direkodkan sebagai salah satu pencapaian penanaman pokok bagi tahun ini dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh menyalurkan dana melalui YHM. Program yang dijalankan di bawah YHM adalah dikecualikan cukai untuk inisiatif yang dianjurkan di bawah Kategori Pembangunan Teknologi Hijau dan Kategori Pemuliharaan Alam Sekitar sebagai projek kepentingan nasional sesuai dengan kuasa Menteri Kewangan di bawah Seksyen 44 (11C), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dengan kelulusan ini, syarikat swasta dan korporat yang menyumbang dana kewangan melalui YHM bagi kempen ini layak untuk menuntut potongan cukai pendapatan sebanyak 10% dari jumlah pendapatan agregat tahunan bagi syarikat dan 7% dari jumlah pendapatan bagi individu.

Sila hubungi YHM melalui emel kepada rafidah@yahijau.com / hafizan@yahijau.com / hidayah@yahijau.com untuk maklumat lanjut.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my