Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok sempena Hari Tanah Lembap Sedunia
diterbitkan pada 02 February 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di sekitar Paya Burung, FRIM pada 2 Februari lalu sempena Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day).

Aktiviti yang dikendalikan oleh staf Cawangan Ekopelancongan (ECO) FRIM adalah di bawah Projek Penanaman Pokok tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Hong Leong Bank.

Staf ECO telah menanam sebanyak 20 pokok daripada lima spesies seperti kaum penarahan, putat dan kelumpang kerana pokok-pokok tersebut akan menjadi bahan makanan untuk serangga, burung dan mamalia nanti.

Paya Burung merupakan salah satu kawasan tanah lembap dalam kampus FRIM yang terletak di tepi Jalan Kapur. Seperti lokasi lain dalam kampus FRIM yang merupakan bekas kolam perlombongan bijih timah dan kebun sayur, kawasan tersebut dibangunkan dengan usaha penghutanan semula (reforestation) oleh FRIM sebagai hutan buatan manusia (manmade forest).

Paya Burung memainkan peranan penting sebagai habitat bagi fauna, terutamanya burung-burung hijrah. Sekurang-kurangnya 62 spesies burung telah diperhatikan di kawasan tersebut.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my