Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PWFRIM tanam pokok di Stesen Penyelidikan FRIM
diterbitkan pada 08 December 2021

Perkumpulan Wanita (PW) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan 'Program Jelajah Restorasi dan Penanaman Pokok' di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Perlis pada 25-26 November dan SPF Selandar, Melaka pada 7 Disember 2021.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli PWFRIM mengenai kepentingan menanam pokok dan menghijaukan alam sekitar serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 24 ahli PWFRIM telah menanam 25 pokok pelbagai spesies di SPF Mata Ayer dan 20 peserta menanam 30 pokok meranti tembaga (Shorea leprosula) di SPF Selandar.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my