Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi kerjasama Program CSR COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok
diterbitkan pada 29 September 2021

Bagi menyokong agenda nasional untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025, ANGKASA mengambil inisiatif untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi kerjasama Program CSR COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Encik Amin Abdullah secara dalam talian pagi tadi.

Program ini merupakan tanggungjawab sosial ANGKASA mewakili gerakan koperasi negara untuk menggalakkan 14,629 buah koperasi yang mempunyai 6.5 juta anggota di seluruh Malaysia menyokong usaha penanaman semula pokok. Program ini adalah inisiatif berimpak tinggi ANGKASA yang turut memfokuskan kepada penanaman semula pokok sama ada di kawasan hutan, rizab hutan, kawasan awam, institusi dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menangani masalah pelepasan karbon yang meningkat setiap tahun bagi menyokong agenda Program Penghijauan Malaysia.

Bidang kerjasama antara ANGKASA dan Yayasan Hijau Malaysia termasuklah aspek perkongsian informasi, promosi dan pendidikan mengenai program Penghijauan Malaysia.
ANGKASA juga akan memberi baucar ganjaran melalui pakej tajaan individu yang menanam pokok melalui aplikasi "Penghijauan Malaysia". Sebanyak 500 baucar digital Coop Farmasi ANGKASA ditawarkan kepada penaja individu yang boleh ditebus guna menerusi outlet Coop Farmasi dan secara dalam talian menerusi platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada bagi pembelian barangan penjagaan kesihatan.

ANGKASA telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan sedang dalam perancangan untuk melaksanakan penanaman pokok hutan di kawasan plot seluas 20 ekar hutan terosot yang akan dinamakan sebagai "Hutan Angkat Koperasi". Sebagai permulaan projek ini, ANGKASA akan menanam 625 batang pokok hutan di kawasan seluas 1 hektar di sekitar Hutan Simpan Sungai Lalang berdekatan dengan Sungai Tekala, Hulu Langat.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my