Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Teknik Penanaman Terbaik Pokok Bakau
diterbitkan pada 23 July 2021

Antara permasalahan utama dalam penanaman bakau adalah faktor pukulan ombak dan arus laut yang kuat menghanyutkan anak-anak pokok bakau kerana akarnya masih belum kuat mencengkam lumpur. Bagi menangani perkara tersebut, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa menjalankan R&D pemulihan hutan bakau bagi memastikan ekosistem hutan paya laut sentiasa terpelihara.

Antara kajian yang dilaksanakan sejak tahun 2007 adalah penyediaan satu plot eksperimen penyelidikan bersaiz 200 m x 55 m di kawasan pantai Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor. Tiga spesies pokok bakau telah dipilih sebagai tanaman kajian iaitu, Bakau Minyak (Rhizophora apiculata), Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) dan Api-api (Avicennia alba). Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan tiga teknik bagi mengenalpasti teknik penanaman terbaik di atas lumpur yang lembik.

Di antara teknik penanaman yang digunakan adalah teknik Bamboo Enhancement Method (BEM), comp-pillow dan comp-mat. Kaedah Bamboo Enhancement Method (BEM) ialah penanaman menggunakan buluh semantan sebagai bekas tanaman, namun ia tidak dapat mengekalkan anak pokok bakau daripada pukulan ombak yang kuat. Kaedah seterusnya ialah comp-pillow yang menggunakan ‘coir log’ sebagai bekas tanaman yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu gentian kelapa dan balutan jaring daripada polipropolin. Kira-kira 3-5 batang anak pokok bakau ditanam di dalam seunit coir log dan dibiarkan di tapak semaian selama sebulan. Penanaman dibuat dengan bantuan empat batang kayu dikepung sekeliling coir log sebagai pasak dan diikat dengan tali propolin diantara batang kayu untuk mengelakkan daripada terapung ketika air pasang. Dapatan kajian menunjukkan teknik ini sesusai digunakan untuk spesies pokok Api-api (Avicennia alba) kerana akarnya berkembang dengan baik dalam bekas tersebut.

Kaedah comp-mat dilakukan dengan menggunakan bekas berbentuk segi empat tepat yang diisi dengan sabut kelapa dan juga lumpur serta dibalut menggunakan wayar kecil sebagai medium penanaman. Bahagian atas dan sisi ditutup dengan plastik polipropolin yang ditebuk dengan lubang pada permukaan untuk mengelakkan anak pokok dan medium penanaman hanyut dipukul ombak dan air pasang. Hasilnya menunjukkan kaedah ini paling berkesan bagi kawasan yang berisiko (berombak kuat dan berlumpur) dan sesuai untuk tanaman Rhizophora spp. seperti Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) dan Bakau Minyak (Rhizophora apiculata).

Kejayaan yang dikecapi oleh FRIM dalam kajian ini turut melibatkan kerjasama penduduk setempat dalam pelaksanaan kerja lapangan sekaligus memberi impak yang positif terhadap kesedaran pentingnya menjaga kawasan persisiran pantai bagi menstabilkan ekosistem hutan paya laut di negara ini.

Kredit sumber:

  1. Keratan akhbar Utusan Malaysia https://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20090709_N_UM_SUP_pg12,13_843d_FRIM%20perkenal%20kaedah.pdf
  2. Keratan akhbar Kosmo https://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20090707_N_KOS_K2_pg18,19_7151_Teknik%20Comp-mat%20pali.pdf
  3. Keratan akhbar Harian Metro https://www.ketsa.gov.my/ms-my/pustakamedia/Keratan%20Akhbar/Teknik%20Baru%20Tanam%20Bakau.pdf

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my