Hak Cipta © 2021, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pertandingan menghasilkan video Tiktok kreatif

Ayuh serlahkan kreativiti anda dengan menyertai PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO TIKTOK KREATIF bertemakan PENGHIJAUAN MALAYSIA: PENANAMAN 100 JUTA POKOK bermula 9 JUN 2021 hingga 30 JUN 2021.

Pertandingan anjuran Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ini bertujuan menggalakkan lagi penglibatan rakyat Malaysia dalam pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia khasnya melalui aktiviti penanaman pokok. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia. Hadiah menarik menanti para pemenang yang berjaya membuat video yang paling kreatif.

Kongsikan video TikTok anda di Messenger Facebook Page Yayasan Hijau Malaysia (@YahijauOfficial) beserta hashtag #PokokKitaKehidupanKita #OurTreesOurLife dan #100JutaPokok sebelum/pada 30 Jun 2021 (Rabu), jam 5.00 petang.

Sila rujuk terma dan syarat lanjut pertandingan dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau muat turun di http://www.yahijau.com/downloads/

*Nota: Semua peserta dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara sepenuhnya.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penaja

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my