Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Penglibatan Institusi Pendidikan, UTHM Bersama-sama JPNJ dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 29 March 2021

29 MAC 2021 - Pejabat Kampus Lestari (SCO) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) telah melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ).

Program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan YBhg. Dato' Hj. Salim bin Aman, Pengarah JPNJ.
Selaras dengan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM telah melancarkan "Kempen 1 Kakitangan UTHM 5 Pokok" untuk sepanjang tahun 2021 bagi menggalakkan lagi aktiviti penanaman di dalam institusi pendidikan.

Pihak UTHM merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Perhutanan Negeri Johor kerana sudi untuk memilih UTHM sebagai lokasi bagi program tersebut disamping turut menyumbang sebanyak 40 batang pokok untuk ditanam di sekitar UTHM.

Adalah diharapkan kempen ini serta kerjasama antara JPNJ dan UTHM akan meningkatkan lagi kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan liputan hijau di universiti dan pemuliharaan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.

#SCOgogreen
#UTHMgreencampus

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my