Hak Cipta © 2021, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Inisiatif "RAINFOREST for WILDLIFE"

"RAINFOREST for WILDLIFE" adalah inisiatif Animal Projects and Environmental Education (APE Malaysia) dalam program penghutanan semula di sepanjang Sungai Kinabatangan, Sabah yang bermula sejak dari tahun 2008. Program ini memberi penekanan kepada penyambungan semula hutan yang terpisah (fragmented) di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan serta mewujudkan koridor untuk pelbagai flora dan fauna di lembangan sungai.

Sebahagian besar kawasan penghutanan semula di sepanjang Sungai Kinabatangan adalah di kawasan bekas pembalakan, bekas tempat pembuangan balak, tanah terbiar dan bekas kawasan pertanian seperti kelapa sawit yang tidak diusahakan lagi. Inisiatif daripada APE Malaysia ini menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang merupakan agenda di peringkat nasional. Melalui inisiatif ini, setiap anak pokok yang dibeli akan membantu APE Malaysia untuk menyambung semula koridor hutan yang akan memberi manfaat kepada hidupan liar serta menyokong komuniti setempat. Untuk membeli anak pokok daripada APE Malaysia boleh layari pautan berikut:

Shopee:
https://shopee.com.my/Tree-Planting-with-APE-Malaysia-(5-Trees-10-Trees)-i.258631323.7233687574

APE Malaysia Shop:
https://apemalaysia.com/product/plant-trees/

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my