Hak Cipta © 2021, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia

YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin melancarkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) serta aplikasi mudah alih dan laman web khas Program Penghijauan Malaysia di Seri Perdana, Putrajaya. Ia turut dilancarkan secara serentak di seluruh negara dengan tema "Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita" atau "Greening Malaysia: Our Trees, Our Life".

Malaysia, yang merupakan satu daripada agenda nasional bagi perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Program ini juga akan memulihara kepelbagaian biologi yang merupakan khazanah negara yang tidak ternilai, meningkatkan kualiti persekitaran semula jadi dan sungai.

Selain itu, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan untuk mempertahankan kekayaan alam semulajadi negara dalam semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dan mengekalkan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai antara 12 buah negara megadiverse. Kempen anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ini akan dilaksanakan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), jabatan-jabatan perhutanan negeri, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Kerajaan Negeri dengan mensasarkan penanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025.

Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penaja

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my