Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) sedang menjalankan survei bagi pengumpulan input reaksi awam kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.
Survei ini bertujuan mengumpul maklumat reaksi awam untuk menilai dan melihat maklum balas rakyat Malaysia secara umum mengenai program yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan ini.
Maklum balas yang dikumpulkan diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan dalam usaha pemuliharaan ekosistem dan biodiversiti negara.
Segala sokongan dan kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
Klik untuk mengisi survei: https://forms.gle/JAjQHKmMon32mCK58
Berkebun di rumah boleh mengurangkan stres, menenangkan jiwa, menghilangkan rasa bosan serta mencantikkan suasana.
Bagi yang tiada pengalaman namun ingin mencuba, berikut merupakan enam (6) langkah mudah untuk menanam pokok:
Sediakan lubang penanaman sekurang-kurangnya dua kali lebih besar daripada bebola akar.
Masukkan sedikit campuran tanah (3 tanah atas: 2 bahan organik: 1 pasir) ke dalam lubang.
Buangkan polibeg dan masukkan anak pokok ke dalam lubang. Selaraskan kolar akar dengan permukaan tanah.
Ikatkan anak pokok kepada kayu pancang.
Kambus semula tanah yang digali dan padatkan.
Letakan satu lapisan sungkupan di pangkal batang anak pokok dan siram dengan air.
Gelam (Melaleuca cajuputi) merupakan sejenis tumbuhan bersaiz sederhana daripada famili Myrtaceae. Taburan spesies tersebut meluas, meliputi Utara Australia, Kepulauan New Guinea dan Asia Tenggara.
Gelam hidup subur di kawasan beriklim tropika dan beradaptasi baik di kawasan rendah nutrien seperti kawasan tanah bencah pesisir pantai di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Minyak pati gelum yang diekstrak daripada daun, bunga, batang dan kulit kayu didapati mempunyai khasiat perubatan bagi penyakit kulit, gigitan serangga, demam, sakit otot dan sendi, jangkitan kuman serta membantu meningkatkan peredaran darah.
Di Indonesia pula, minyak ini digunakan secara luaran untuk rawatan kulit terbakar, luka pada kulit, sakit telinga, sakit kepala dan sakit gigi manakala minyak daun gelam digunakan dalam rawatan penyakit gout di Myanmar serta digunakan secara tradisional bagi rawatan lelah di Filipina.
Ekstrak pokok gelam juga didapati mempunyai nilai perubatan seperti antiviral, insektisid (racun serangga), antioksidan, antibakteria dan antifilarial. Hasil kajian turut mendapati ia tidak toksik terhadap sistem reproduktif dan fungsi ginjal.
Manfaat penggunaan gelam dalam merawat penyakit telah menarik minat para penyelidik untuk mengkaji dengan lebih mendalam ciri-ciri perubatan yang terdapat pada setiap bahagian tumbuhan yang digunakan serta aspek saintifik lain berkaitan keberkesanan dan keselamatan.
Info: Mazura Md Pisar, Program Bioaktiviti, Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM
Gambar: Mazura Md Pisar dan Tan Ai Lee
Belian (Eusideroxylon zwageri) atau lebih dikenali sebagai "Borneo Ironwood" oleh penduduk pribumi Sarawak merupakan spesies kayu keras yang hanya boleh didapati di Kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Kalimatan) serta Sumatera dan Filipina.
Spesies tersebut telah diwartakan sebagai pokok rasmi Negeri Sarawak (The Official Tree of Sarawak) pada 20 Mac 1984 (Sarawak Gazette No. 1484).
Ia memmpunyai daya ketahanan terhadap serangan anai-anai, kulat dan serangga perosak lain yang terdapat di hutan beriklim tropika.
Kayu belian digunakan sebagai bahan struktur rumah pajang, tiang sokongan kepada pokok lada, perabot dan sebagainya.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
Pokok kapur di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) amat terkenal dengan corak "susun suai" (crown shyness) di langit, iaitu suatu fenomena semula jadi yang terhasil daripada silara pokok-pokok ini yang tidak bertindih ataupun bersentuhan antara satu sama lain.
Nama saintifiknya, Dryobalanops aromatica (family Dipterocarpaceae), merujuk kepada bau damar yang harum. Seluruh bahagian pokok kapur mengeluarkan bau damar termasuk daun-daun gugur yang diramas.
Pada zaman dahulu, minyak kapur barus diperoleh dengan menoreh batangnya dan dieksport ke negara Cina dan Jepun untuk menghasilkan ubat makan serta sapu.
Kapur merupakan spesies pokok kayu balak Asia Tenggara. Taburannya terhad kepada Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo, serta sering tumbuh secara berkelompok di tanah bersaliran baik di kawasan lereng bukit.
Batang pokok ini berbentuk silinder yang lurus dan boleh mencapai ketinggian 60 m, disokong dari bawah oleh banir yang kadangkala mencapai beberapa meter tinggi. Kayu balak kapur digunakan dalam pembinaan berat terutamanya sebagai kayu landasan kereta api pada masa dahulu.
Pernahkah anda melihat daun pokok yang kelihatan seperti bulu tangkis. Ya, daun ini merupakan pokok jelutong atau nama saintifiknya Dyera costulata. Daun baharu jelutong mempunyai sejenis ciri dipanggil "ketapang", dan ia merupakan daun yang menyerupai bulu tangkis. Daun baharu akan menggantikan daun lama yang sudah jatuh. Daun jelutong tumbuh secara berpusar dan lazimnya mempunyai 4-8 daun.
Ketinggian pokok jelutong boleh mencecah 60 m. Semasa kecil, kanopinya berbentuk "monopodial" atau pagoda dengan dahan-dahan yang berlapis. Apabila matang, kanopinya akan berkembang menjadi bentuk terbuk supaya boleh mendapat pencahayaan yang optimum.
Jelutong akan mengeluarkan getah putih dari kulit kayunya. Getah ini telah dijadikan gula getah atau gam kunyah sebab rasanya yang neutral dan mempunyai konsistensi yang sesuai. Disebabkan permintaan yang tinggi untuk getah jelutong, ia pernah dieksport ke Amerika Syarikat sehingga mencecah 1,416 tan pada 1929 (Ng, 2010). Getah ini juga boleh dicampur dengan getah yang beracun untuk dijadikan sumpitan.
Kayu Jelutong merupakan kayu keras ringan dan berwarna putih, jadi kayu ini sangat sesuai untuk dijadikan pensil, pencungkil gigi, bingkai gambar, papan lukis, kasut tumit dan patung kayu.
Jelutong juga digunakan sebagai nama tempat atau jalan. Contohnya, Jalan Jelutong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong di mana pokok-pokok tersebut telah ditanam sejak tahun 1930 (Ng, 2021).
Pokok Chengal (Neobalanocarpus heimii) tumbuh di kawasan hutan tanah pamah terutamanya di tempat bersaliran baik dan menerima hujan lebih 2,000 mm setahun.
Pokok ini tergolong dalam famili Dipterocarpaceae yang merupakan antara spesies yang paling berharga. Di Semenanjung Malaysia, chengal termasuk dalam golongan spesies Hampir Terancam (Near Threathened) dalam kategori IUCN.
Photo by Tan Sin Hoong
Pokok Merbau telah dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia pada 23 Ogos 2019 sebagai usaha meningkatkan kesedaran akan pentingnya pemuliharaan kekayaan biodiversiti negara serta untuk membangkitkan semangat cintakan khazanah hutan kita.
Merbau yang nama saintifiknya Intsia palembanica merupakan spesies daripada keluarga Fabaceae. Selain Malacca teak, ia juga dikenali sebagai borneo teak, moluccan ironwood, ipil, kwila dan mirabow.
Pokok ini biasanya bersaiz sederhana besar hingga besar, berbatang lurus, tumbuh hingga 50 m tinggi dan berakar banir hingga 4 m tinggi. Merbau adalah pokok kayu keras tropika yang berkualiti tinggi.
Spesies pokok ini didapati secara meluas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Merbau tumbuh di hutan tanah pamah terutamanya di pinggir sungai hingga ketinggian 1000 m dari aras laut.
Kayunya tahan lama serta tahan serangan anai-anai. Ketahanannya terbukti dengan penemuan artifak-artifak purba diperbuat daripada kayu merbau yang berusia hampir 900 tahun dan masih berada dalam keadaan kukuh di Gua Ago Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah.
Ahmad Azaruddin Mohd Noor
KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Kawasan bandar merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida yang menjadi punca utama kesan rumah hijau, justeru adalah penting untuk mewujudkan hutan bandar bagi menangani masalah ini.
Ketua Program Eko Pelancongan dan Hutan Bandar, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Ahmad Azaruddin Mohd Noor berkata usaha pemuliharaan dan penanaman pokok melalui konsep hutan bandar, perlu sentiasa diteruskan dan diperluaskan termasuk di kawasan perumahan dan pembangunan baharu.
"Hutan bandar memainkan peranan dari segi ekologi dan fungsi dalam membina suasana alam sekitar yang bersih dan selesa, untuk kesejahteraan manusia dan hidupan lain di bandar. Selain itu, hutan bandar juga turut berperanan meningkatkan kualiti struktur dan reka bentuk kawasan bandar serta mempertingkatkan nilai estetik landskap bandar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hutan bandar adalah kawasan hijau yang menampung tumbuh-tumbuhan sama ada pokok sedia ada atau ditanam secara sistematik di persekitaran bandar, yang menyumbang kepada persekitaran hijau dan bersih, hidup yang sihat dan ceria serta menjadikan bandar tempat tinggal yang selesa.
Katanya hutan bandar membabitkan perancangan dan pengurusan yang merangkumi penanaman pokok yang sesuai di tapak yang sesuai dan tidak memerlukan keluasan tanah yang spesifik, kerana yang penting adalah ruang untuk menanam pokok.
"Bagi menjamin kesesuaian penyediaan hutan bandar di sesuatu kawasan, pihak FRIM menawarkan khidmat nasihat, perundingan dan latihan berkaitan pengurusan serta penjagaan pokok kepada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Azaruddin berkata FRIM memiliki kepakaran termasuk ahli arboris yang bertauliah bagi tujuan memberi khidmat nasihat berkaitan pemilihan dan penanaman pokok, kaedah penjagaan mengikut amalan baik arborikultur serta penilaian risiko pokok.
“Sebelum ini banyak pokok eksotik luar negara dibawa masuk sebagai pokok hiasan landskap atau pokok teduhan, namun dalam usaha membawa pokok hutan ke dalam kawasan bandar pelbagai spesis tempatan boleh diketengahkan,” katanya.
Beliau berkata penanaman hutan bandar dengan spesis tempatan seperti Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan, Jelutong, Damar minyak, Gelam, Pelawan, Geronggang, Kelat, Perupok dan Kayu Arang, sekali gus dapat mempromosikan kepentingan dan keunikan pokok hutan kepada masyarakat.
Katanya ciri-ciri pokok yang ditanam bukan sahaja perlu dipilih daripada spesis yang sesuai, berupaya untuk tumbuh di persekitaran bandar yang kurang kondusif, malah pokok yang ditanam perlu diurus agar tidak mendatangkan risiko kepada orang ramai.
"Selain itu, pokok yang ditanam juga boleh menarik kehadiran hidupan liar seperti burung, serangga dan mamalia kecil, bagi mencipta suasana hutan di bandar," katanya.
Ahmad Azaruddin berkata, pokok hutan yang ditanam boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar, mahupun orang ramai yang berminat untuk mengetahui khazanah hutan negara.
"Mereka dapat mengenali spesis pokok hutan yang wujud di negara ini yang merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian spesis paling tinggi di dunia.
"Pokok hutan kita juga mempunyai keunikan tersendiri yang perlu dihayati dan hutan bandar mampu memberi peluang kepada penanaman pokok hutan daripada spesis hampir pupus atau spesis yang jarang dijumpai sebagai usaha pemuliharaan secara ex situ," katanya.
Beliau berkata lazimnya pengurusan dan penjagaan kawasan hutan bandar dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT), bertujuan memelihara dan meningkatkan kualiti alam semulajadi serta menyediakan kemudahan rekreasi kepada warga bandar khususnya.
Katanya mewujudkan kawasan hijau bandar kini bukan sahaja tanggungjawab PBT, tetapi juga komuniti bandar dan pihak swasta turut digalakkan menanam lebih banyak pokok di premis masing-masing.
"Sumber yang terhad ini amat penting untuk dilindungi dan dikekalkan supaya faedah dan peranannya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang," katanya.
Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Semua pihak perlu menitikberatkan keperluan menanam pokok-pokok atau mewujudkan kawasan hijau di bandar sebagai tanggungjawab dan
harapan bersama.
Penolong Pegawai Penyelidik Kanan (Cawangan Perhutanan Bandar) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Mohd Afendi Hussin berkata kerjasama ini penting dengan pihak dalam pelbagai disiplin termasuk perancangan bandar, kejuruteraan, arkitek, pemaju hartanah, arboris, pihak swasta, pemimpin masyarakat dan orang ramai.
Beliau berkata kehadiran pokok-pokok di kawasan bandar bukan sahaja dapat mencantikkan bandar, malah ia juga berperanan sebagai pokok ameniti atau kemudahan asas dan merupakan sebahagian daripada indeks untuk mencapai taraf kehidupan yang lebih sihat.
"Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata. Silara pokok yang melebar dan menaungi kawasan bandar mengurangkan kemasukan cahaya dan sinaran terik matahari.
"Keadaan ini membantu mengurangkan peningkatan suhu di bandar dan turut mengurangkan fenomena pembentukan pulau-pulau haba di kawasan bandar," katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata dengan adanya pokok-pokok rendang di taman-taman awam, ia dapat menarik pengunjung beriadah, berkelah dan menggalakkan interaksi selain membolehkan pelbagai aktiviti sihat dijalankan sekali gus membantu mengukuhkan nilai-nilai kemasyarakatan, kekeluargaan, persahabatan yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk.
Bagaimanapun, Mohd Afendi yang juga ahli arboris berkata tidak semua pokok dapat tumbuh dengan sempurna atau mempunyai rupa bentuk struktur yang baik kerana
sebahagian lagi mungkin memerlukan rawatan pembaikan.
Justeru katanya sekiranya berlaku keadaan atau rupa bentuk struktur pokok yang boleh mendatangkan gangguan ataupun risiko, pokok-pokok tersebut perlu diurus mengikut amalan arborikultur yang sesuai.
"Banyak faktor menyumbang kepada kegagalan pokok antaranya ruang penanaman yang terhad, pemangkasan akar tanpa mempertimbangkan kebolehan pokok untuk menampung berat silara dan mengganggu dirian pokok, ribut, kecederaan pada tubuh batang pokok, tanah yang padat, pemangkasan yang berlebihan dan tidak cermat.
"Ia adalah sebahagian daripada punca pokok menjadi lemah, menerima tekanan, terganggu kestabilan dan mempengaruhi kesuburannya,” katanya.
Namun, beliau berkata sekiranya penanaman pokok dirancang dan dilaksanakan dengan baik, pokok-pokok tersebut berupaya untuk terus tumbuh tinggi dan menjadi lambang kelestarian persekitaran serta kehidupan sekali gus memberikan pelbagai fungsi bermakna untuk masyarakat.
Menurutnya, penjagaan pokok melalui amalan terbaik arborikultur boleh membantu menjadikannya lebih sihat, subur, selamat serta mengurangkan risiko kegagalan sekali gus membolehkan pokok-pokok itu hidup lebih lama di kawasan bandar.
Menjelas lanjut, Mohd Afendi berkata arboris berperanan memberikan perkhidmatan dalam semua aspek penjagaan pokok merangkumi pemilihan spesies, penanaman, pemangkasan, pengurusan risiko, pemindahan pokok, pencegahan kerosakan sebelum kerja-kerja pembangunan serta pengurusan kesuburan pokok, terutamanya di bandar.
"Peranan arboris kian mendapat perhatian di negara kita dan ini merupakan perkembangan yang positif kerana masyarakat kini memahami akan peri pentingnya menjaga alam sekitar termasuklah pokok," katanya.
Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Musim kemarau panjang dan suhu minimum harian rendah merupakan faktor mencetuskan fenomena musim berbunga yang lebat di negara ini, menurut hasil kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Ketua Pengarah FRIM Dr Ismail Parlan berkata kajian kitaran pembungaan itu dijalankan di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh di Hutan Simpan Pasoh, Negeri Sembilan sejak 2001 menerusi projek penyelidikan bertajuk Pemantauan Taburan Biji Benih dan Anak Benih.
Beliau berkata kajian tersebut merupakan projek usahasama antara FRIM, Smithsonian Forest Global Earth Observatory (ForestGEO), Amerika Syarikat dan National Dong Hwa University (NDHU), Taiwan.
"Kajian menunjukkan fenomena ini berlaku pada selang waktu tidak teratur antara satu hingga 10 tahun dan ia direkodkan berlaku sebanyak tujuh kali iaitu pada 2002, 2005, 2009, 2010, 2012, 2014 dan 2019.
"Terdapat hipotesis menyatakan fenomena ini berlaku sebagai satu strategi tumbuh-tumbuhan bagi memaksimumkan keupayaan dan kejayaan anak benih untuk bercambah serta terus hidup," katanya menerusi kenyataan di sini.
Ismail berkata musim berbunga lebat bagi spesies pokok berlaku pada selang waktu yang tidak tetap antara dua hingga 10 tahun, namun untuk spesies daripada famili dipterokarpa kitaran pembungaannya (fenologi) adalah antara lima hingga tujuh tahun.
Katanya musim berbunga lebat di Asia Tenggara disusuli dengan buah lebat yang memenuhi lebih daripada 80 peratus bahagian kanopi dan melebihi separuh bagi sebatang pokok matang yang mungkin berbunga dalam jangka masa tiga atau empat bulan.
Sementara itu, Pengurus SPF Mata Ayer Perlis Ahmad Fauzi Mohd Shariff berkata pada Februari 2017, fenomena pembungaan yang lebat turut melibatkan kebanyakan pokok meranti temak nipis (Shorea roxburghii) di utara Kedah dan kutipan biji benih keruing cogan (Dipterocarpus rigidus) telah dijalankan.
Selain itu, katanya kutipan biji benih gerutu-gerutu (Parashorea sp.) yang berbuah lebat dan gugur di kawasan Pusat Latihan Perhutanan Chalok, Setiu, Terengganu telah dijalankan pada April lepas sebelum dibawa ke SPF Mata Ayer untuk aktiviti semaian.
FRIM menerusi kenyataan turut memaklumkan, fenomena musim berbunga lebat juga berlaku terhadap pokok-pokok hutan di Kampus FRIM, Kepong tahun ini dan dianggarkan 50 hingga 60 peratus populasi spesies dipterokarpa di kawasan itu berbunga serta berbuah.
Kutipan juga dibuat dan diselaraskan oleh Makmal Teknologi Biji Benih FRIM untuk tujuan semaian dan aktiviti penanaman.
Kenyataan itu memaklumkan hasil penyelidikan FRIM mengenai fenomena tersebut dikongsi melalui Siri Webinar Kempen Penghijauan Malaysia kedua bertemakan Mass Flowering : Mass Flowering of the Malaysian Rainforest: Capitalising on the Event for Mass Production of Planting Materials yang diadakan pada 30 Julai lepas.
Webinar anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), FRIM dan The Habitat Foundation itu merekodkan hampir 1,200 peserta termasuk dari Thailand, Filipina, Indonesia, Jepun dan Australia manakala saluran FB Live merekodkan capaian 3,058 orang pada 30 Julai lalu.
Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR, 13 Sept -- Masyarakat digalak untuk mengambil inisiatif menanam pokok di kediaman masing-masing kerana ia adalah strategi paling berkesan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim, selain dapat mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan cantik.
Ketua Program Perubahan Iklim, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar dan Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Azian Mohti berkata perubahan iklim adalah isu penting kerana ia sedang berlaku dengan amat cepat, maka langkah perlindungan alam sekitar seperti penanaman pokok-pokok baharu perlu dipertingkatkan.
Beliau berkata seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai teknik tanaman boleh dipraktikkan tidak kira sama ada seseorang itu tinggal di bandar ataupun di kampung.
"Wujud beberapa teknik tanaman yang dapat mengatasi masalah kekurangan ruang untuk menanam pokok. Mereka yang tidak mempunyai tanah juga boleh bercucuk tanam walaupun dalam kawasan terhad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azian berkata walaupun menanam pokok tampak remeh, tetapi jika semua orang melakukannya tidak mustahil impak pemanasan global pada masa hadapan dapat dikurangkan.
Beliau berkata tindakan mitigasi perlu dijalankan untuk mengurangkan impak fenomena perubahan iklim dan inisiatif menanam pokok adalah langkah proaktif yang berupaya menangani ancaman perubahan iklim, berikutan ekosistem semulajadi yang terjejas akibat kesan perubahan iklim itu dapat dipulihkan dengan pertambahan bilangan pokok.
Azian berkata penanaman lebih banyak pokok bukan sahaja dapat menambah kawasan hijau, malah usaha ini dilihat boleh mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dan apabila semakin tinggi nilai indeks jejak karbon, semakin tinggi kepekatan gas rumah hijau di atmosfera.
"Jejak karbon adalah jumlah gas rumah hijau yang terhasil daripada setiap kegiatan manusia secara langsung ataupun tidak langsung. Menghitung jejak karbon dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah yang dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
"FRIM memiliki kepakaran menghitung jejak karbon, di samping menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada sesuatu organisasi untuk menghitung jejak karbon mereka dan sekali gus menggalakkan pembabitan masyarakat dalam menangani perubahan iklim serta pengurangan pelepasan karbon.
"FRIM juga boleh membantu dalam pemilihan beberapa jenis pokok mengikut kawasan berikutan terdapat spesies pokok yang mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menyerap CO2," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa peningkatan pelepasan gas rumah hijau daripada pelbagai kegiatan manusia seperti pembakaran bahan api fosil untuk haba dan tenaga, penebangan hutan, penanaman tanaman pertanian dan penternakan serta penghasilan beberapa produk perindustrian terus menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim.
Menurutnya perubahan iklim membabitkan corak cuaca yang bertukar secara mendadak dan meninggalkan kesan jangka panjang antaranya peningkatan paras air laut dan kekerapan fenomena cuaca ekstrem seperti banjir serta kemarau.
Sumber: BERNAMA
Dr Azian Mohti
Dr Nor Hasnida Hassan
KUALA LUMPUR, 9 Sept -- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menawarkan khidmat perundingan dan latihan berkaitan kemahiran asas mengenai kultur tisu bagi memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya usahawan dalam bidang tersebut.
Ketua Program Bioteknologi, Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM Dr Nor Hasnida Hassan berkata kaedah kultur tisu itu semakin dikenali untuk penghasilan bahan tanaman seragam, berkualiti tinggi dan bebas penyakit serta untuk menghasilkan anak pokok dalam jumlah yang banyak.
Beliau berkata kultur tisu merupakan satu kaedah aseptik pembiakan tanaman dengan menggunakan bahagian vegetatif tumbuhan di bawah keadaan terkawal.
"Teknologi kultur tisu sebagai satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap di dalam makmal bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan seperti daun, batang, pucuk atau sel dikulturkan dalam media nutrien di bawah keadaan yang steril dan terkawal untuk tumbesaran anak pokok.
"Teknik penghasilan anak pokok daripada tisu tumbuhan menggunakan medium nutrien ini mampu menghasilkan anak pokok yang serupa dengan pokok asalnya atau pokok induk dalam masa singkat, malah kualitinya turut terjamin," katanya dalam kenyataan dikeluarkan FRIM.
FRIM merupakan agensi kerajaan yang giat menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi kultur tisu, selain mempunyai komitmen dalam pemuliharaan, latihan, inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan bahan tanaman.
FRIM juga membangunkan makmal pertama untuk kultur tisu pada Disember 1984 sebelum operasi makmal itu dikembangkan kepada pengeluaran komersial spesies hutan
dengan pembentukan Unit Kultur Tisu pada awal 1990-an.
Pada peringkat awal penubuhan makmal kultur tisu itu disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan benih pokok hutan yang serupa dengan induk untuk program penghutanan semula dan kultur tisu dilihat sebagai satu teknik terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan ketika itu.
Dalam pada itu, FRIM turut menawarkan bengkel pengkulturan tisu tumbuhan untuk memperkenalkan pengetahuan am tentang kultur tisu bagi tumbuhan, menjelaskan teknik pensterilan dan penyediaan media kultur tisu serta latihan komprehensif di makmal bagi tumbuhan sehingga kepada pengikliman anak pokok di nurseri.
Program tersebut adalah platform terbaik dalam memberi pendedahan berkaitan kultur tisu dari segi teknik, aplikasi komersial dan potensi perniagaan yang boleh diwujudkan.
Sementara itu, Nor Hasnida berkata penggunaan teknologi kultur tisu adalah antara teknik terbaik berbanding teknik pembiakan lain bagi mendapatkan anak pokok yang serupa dengan induk.
Beliau berkata penghasilan anak pokok menggunakan teknik kultur tisu bukan sahaja terpakai untuk tanaman pertanian, malah ia juga digunakan untuk membiak tumbuhan hiasan dan pemuliharaan pokok hutan terutama spesies yang berdepan kepupusan.
Beliau bagaimanapun berkata teknik kultur tisu memerlukan makmal sebagai lokasi asas untuk membuat proses kultur tisu yang dilengkapi dengan peralatan khas.
"Kami juga menyediakan latihan bagi kultur tisu mengikut jenis tanaman berbeza, selain latihan sebagai input awal bagi mereka yang berminat melaksanakan projek pertanian
moden atau nurseri kultur tisu. Bengkel kultur tisu ini dijalankan di Pusat Biousahawan Bioteknologi.
"Selain itu, pusat ini juga mempunyai makmal kultur tisu lengkap yang sedia untuk disewa oleh usahawan bioteknologi berminat," katanya.
Sumber: BERNAMA
Dr Richard Chung
Usaha menggalakkan orang ramai menanam pokok dijalankan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi mengingatkan generasi sekarang dan masa depan tentang pentingnya memelihara kehijauan bumi.Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) mempergiatkan lagi program menanam lebih banyak pokok selepas melancarkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok selama lima tahun bermula tahun ini sehingga 2025 pada Januari lalu.
"Galakan menanam pokok yang berterusan diyakini mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan hutan dan juga alam sekitar. Walaupun segelintir masyarakat sudah biasa dengan aktiviti penanaman pokok, tetapi kini dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim, kempen ini akan membawa makna yang lebih penting kerana sumbangannya bukan sahaja untuk Negara malahan untuk masyarakat sejagat," kata Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Di Malaysia terdapat hampir 15,000 spesies tumbuhan vaskular dan daripada jumlah itu lebih 5,000 spesies adalah pokok. Pokok sebahagian daripada elemen semula jadi yang penting dan mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan manusia.
Apakah dia pokok? Pokok ialah sejenis tumbuhan berkayu yang mempunyai berkas vaskular. Biasanya, sesuatu pokok memiliki satu batang utama, lurus dan tegak, bercabang menjadi dahan dan ranting berserta daunnya tumbuh jauh dari permukaan tanah untuk membentuk silara pokok yang juga hasil gabungan antara dahan, ranting dan daun.
Pokok meninggalkan kesan penting ke atas tanah di samping kesan kepada iklim dan mikroiklim. Silara pokok memerangkap sinaran matahari dan mengurangkan tenaga haba yang sampai pada permukaan tanah. Bahan-bahan luruhan dari pokok membentuk lapisan yang memerangkap lembapan yang menghalang permukaan tanah daripada kekeringan atau terlalu panas.
Langkah awal yang perlu diambil sebelum menanam sesuatu pokok yang diinginkan adalah mengenal pasti spesies pokok berkenaan. Bagaimana untuk mengecam atau mengenal pasti spesies pokok? Spesies pokok boleh dikenali melalui habitat semula jadi atau boleh dicamkan menggunakan ciri-ciri lapangan dan ciri-ciri herbarium.
Dalam sesuatu habitat terdapat pelbagai spesies pokok. Contohnya, hutan dipterokarpa tanah pamah mengandungi pokok-pokok utama daripada famili Dipterocarpaceae, iaitu famili pokok balak terkenal terdiri daripada Anisoptera (mersawa), Dipterocarpus (keruing), Dryobalanops (kapur), Hopea (merawan), Neobalanocarpus (chengal), Shorea (meranti) dan Parashorea.
Hutan tanah pamah ini sering ditumbuhi lebih 240 spesies pokok dalam kawasan seluas satu hektar bersama-sama dengan pokok renek, herba dan pokok-pokok lain.
Habitat semula jadi lain yang dijumpai di negara kita termasuk hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa bukit atas, hutan oak gunung, hutan ericaceous gunung, hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan paya air tawar, hutan pinggir riparian, hutan pantai, hutan rawa dan hutan batu kapur.
Beberapa spesies pokok hanya sesuai hidup di habitat tertentu. Contohnya hutan paya gambut yang mempunyai tanah gambut sedalam 0.5 hingga 50 meter dan pokok yang boleh hidup di kawasan ini termasuk mersawa paya (Anisoptera marginata), meranti paya (Shorea platycarpa), meranti bunga (Shorea teysmanniana), ramin melawis (Gonystylus bancanus), kempas (Koompassia malaccensis) dan durian paya (Durio carinatus).
Selain habitat, ciri-ciri lapangan yang boleh digunakan untuk mengecam pokok adalah bentuk dan warna silara pokok, sifat dan warna batang pokok, permukaan dan warna kulit pokok, warna, getah, susunan serta bau kulit dalam pokok itu.
Pokok jelawai, ketapang, sesendok dan kapok mempunyai silara pokok bentuk pagoda. Meranti tembaga, mersawa merah, bayur bukit dan nyatoh taban merah mempunyai silara pokok berwarna kuning tembaga atau merah keperangan. Pokok asam pupoi, inggir burung dan pulai mempunyai batang berbelimbing, manakala pokok pelong dan pauh kijang mempunyai batang berbanir kembang serta nipis. Sebaliknya pokok kempas dan chengal berbatang dengan banir kuncup.
Selain itu, ciri-ciri kulit pokok boleh digunakan untuk mengecam sesuatu pokok. Contohnya pokok ara berteh dan perupok mempunyai kulit berpuru-puru. Sementara pokok damar minyak, merbau dan kasai berkulit bopeng, pokok geronggang dan pelawan pula berkulit mengelupas dalam jalur-jalur panjang dan meninggalkan kulit batang yang licin.
Isi kulit pokok juga dapat membantu dalam kerja pengecaman pokok semasa di lapangan. Beberapa spesies pokok mengeluarkan damar (resin) atau getah berbagai sifat dan warna apabila isi kulit ditakek. Contoh kaum damar atau dipterokarpa, kaum kedondong, damar minyak dan tetebu berbatang mengeluarkan damar, manakala pokok pulai, jelutong dan ara mengeluarkan getah berwarna putih. Kebanyakan pokok rengas dan macang mengeluarkan getah hitam.
Ciri-ciri herbarium juga digunakan untuk mengenal spesies melalui ciri-ciri dan jenis-jenis daun, bunga serta buah. Kesemua ciri-ciri ini perlu dinilai untuk memperolehi pengecaman spesies yang tepat.
Manfaat dapat mengenal pasti spesies pokok selain untuk pemilihan spesies adalah untuk mengetahui kegunaan atau nilainya kerana ia berkaitan dengan matlamat kita menanam pokok.
Ini adalah satu lagi pertimbangan penting yang perlu dibuat. Tidak semestinya pokok yang tumbuh di persekitaran kita boleh ditanam di mana-mana kawasan. Dengan mengetahui spesies pokok yang ingin ditanam, maka mudah untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan bagi memastikan pokok itu dapat tumbuh dengan baik dalam jangka hayat yang lebih panjang di kawasan yang ditanam.
Pokok kadang-kadang boleh menjadi terlalu besar atau terlalu kecil untuk penempatan yang diduduki kita. Namun, aktiviti menanam pokok boleh menjadi lebih mudah dengan memilih spesies pokok yang sesuai untuk tapak penanaman kita dengan mengenal pasti spesies yang dipilih dengan tepat.
Keseluruhan konsep di sebalik pokok yang betul, di tempat yang tepat bermaksud jika kita memilih tumbuhan yang sesuai dengan lokasi ia ditanam, pokok itu akan berfungsi dengan baik dan sihat serta mampu berdepan masalah dengan persekitaran.
Ketua Program Biodiversiti Flora, Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM, Dr Richard Chung berkata, pemilihan spesies pokok yang sesuai untuk ditanam di sesuatu kawasan hendaklah bersesuaian dengan tapaknya dan memberi manfaat kepada persekitaran ekologi serta dapat memenuhi usaha pemuliharaan.
Bagi pemilihan dan penanaman pokok untuk sesuatu skim penanaman di kawasan yang besar, elakkan menanam satu atau dua jenis spesies pokok sahaja. Campuran tanaman berbagai jenis spesies pokok dapat mewujudkan persekitaran yang lebih stabil dari segi ekologi tumbuhan itu terutamanya.
"Pemilihan spesies yang sesuai hendaklah memenuhi matlamat penanaman dan bersesuaian dengan tapaknya. Antaranya pemilihan spesies pokok yang perlu dipertimbangkan ialah mengutamakan pokok tempatan, mempunyai pertumbuhan yang cepat dengan penjagaan yang minimum, mempunyai akar yang dalam, bersesuaian dengan keadaan tanah, kurang keguguran daun, ranting atau buah yang banyak, dan tidak menghasilkan buah atau getah yang beracun.
"Ramai orang berminat menanam spesies pokok hutan di halaman mereka tanpa menyedari pokok itu akan menimbulkan masalah penyelenggaraan terutama sekali bagi mengawal pertumbuhan supaya tidak mengganggu atau merosakkan kemudahan awam yang ada di sekitarnya," katanya.
Bagi membantu orang ramai dalam membuat pemilihan pokok, pihak FRIM menawarkan khidmat nasihat pengecaman spesies pokok atau mengenal pasti jenis pokok supaya pemilihan spesies pokok yang sesuai dengan keadaan tapaknya bagi menepati tujuan penanaman.
"Herbarium ialah tempat simpanan spesimen tumbuhan yang dikutip di lapangan yang telah dikeringkan dan disusun mengikut sistem klasifikasi tertentu.
"Spesimen yang diawet disimpan dalam bentuk arkib bagi memastikan ketahanannya untuk tempoh yang lama. Herbarium turut menjadi pusat rujukan bagi golongan taksonomi, penyelidik ekologi dan pelajar untuk mengecam dan mencirikan tumbuhan.
"Selain itu, herbarium menyimpan koleksi bernilai sejarah seperti tip (spesimen asal yang menjadi rujukan bagi mengesahkan sesuatu spesies) daripada takson baharu, di samping berfungsi sebagai pusat penyimpanan data.
"Spesimen-spesimen ini amat berguna sebagai rujukan untuk pengecaman tumbuhan, penentuan lokasi dan julat, kelimpahan, habitat, musim pembungaan serta pembuahan sesuatu tumbuhan," katanya.
Herbarium di FRIM, juga dikenali sebagai Herbarium Kepong adalah yang terbesar dan tertua di Malaysia. Ia bermula pada 1916 sebelum diiktiraf sebagai Herbarium Kebangsaan Malaysia pada 1990 dengan memiliki koleksi dari dalam dan juga kawasan rantau sekitarnya melebihi 400,000 spesimen.
Ia menyimpan koleksi lama yang bersejarah dan amat berharga, juga spesimen spesies baharu, spesies yang jarang dijumpai serta spesies yang terancam dan hampir pupus di negara ini.
Biarpun pada awalnya Herbarium Kepong mendokumen flora berkayu terutama koleksi spesies kayu balak, mandatnya kemudian diperluas merangkumi koleksi kajian dan pemeliharaan semua tumbuhan vaskular di Malaysia termasuk buluh, rotan, palma, halia hutan, famili tumbuhan herba, orkid, pemanjat, paku-pakis dan likofit.
Spesimen kepelbagaian tumbuhan di Herbarium Kepong digunakan untuk penilaian dan huraian perbezaan antara spesies tumbuhan atau untuk penyediaan laporan berkaitan tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan.
Sebagai herbarium kebangsaan, institusi ini memberi khidmat dan menyediakan fungsi sebagai pusat rujukan serta penyelidikan tumbuhan vaskular; menjalankan kajian asas botani dan mendokumen hasil penemuan penyelidikan melalui penerbitan.
FRIM turut menyediakan kemudahan kajian berkaitan sains seperti ekologi, silvikultur dan penilaian alam sekitar; menyediakan data dan maklumat untuk pengurusan perhutanan; perancangan dan pemuliharaan serta pendidikan terutamanya kursus pengecaman pokok hutan.
Chung berkata: "Oleh itu, ilmu mengenal pasti jenis spesies pokok adalah penting untuk ikhtiar hidup pokok berkenaan. Walaupun kita ingin menyambut baik kempen kerajaan, tetapi kita tidak boleh sesuka hati mengambil spesies tertentu untuk ditanam kerana bimbang ia tidak mampu tumbuh dengan baik dan tidak sesuai dengan tapak serta persekitarannya."
Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Bermacam cara boleh dilakukan dalam menyahut dan menyumbang tenaga bagi menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Kempen hingga 2025 itu merupakan usaha KeTSA dalam melaksanakan Program Penghijauan Malaysia, menggalakkan orang ramai untuk menanam pokok bagi menghijaukan bumi sekali gus mengurangkan masalah pemanasan global.
Ketua Cawangan Tapak Semaian Bioteknologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Siti Salwana Hashim berkata aktiviti menanam pokok boleh dimulakan dengan sesuatu yang ringkas bagi mereka yang baru memulakan langkah dan berminat.
Beliau berkata antara masalah yang membelenggu mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi itu adalah cara pemilihan pokok yang betul.
"Cari pokok yang mudah tumbuh terlebih dahulu seperti sayur-sayuran. Apabila semakin mahir, boleh menanam jenis pokok lain seperti pokok hiasan atau pokok buah-buahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siti Salwana berkata elakkan menanam pokok yang tidak sesuai dengan persekitaran kediaman supaya tidak mengganggu orang lain dan pokok yang berbahaya kepada anak anak kecil seperti pokok beracun, bergetah atau berduri.
Beliau berkata menanam pokok boleh dilakukan di ruang terhad walaupun tidak mempunyai kawasan bertanah dengan pokok ditanam di dalam pasu dan polibeg.
Katanya, pelbagai barangan terbuang juga boleh dikitar semula dan diubah suai mengikut kreativiti bagi dijadikan bekas menanam pokok.
"Bahan terbuang seperti botol air mineral, botol minyak masak dan tin susu boleh digunakan semula sebagai bekas tanaman pokok bunga dan sayur-sayuran. Penggunaan bahan kitar semula itu dianggap kaedah paling sesuai untuk bercucuk tanam terutama di kawasan kediaman yang memiliki ruang terhad.
"Oleh itu, tiada alasan kediaman tidak bertanah tidak boleh menanam pokok. Selain menikmati hasil tuaian, kita juga dapat mengindahkan persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksigen serta menyejukkan bumi kita," katanya.
Siti Salwana berkata sebelum memulakan proses penanaman, ilmu menyemai pokok tersebut perlu diambil tahu termasuk biji benih dan tanah berkualiti yang perlu digunakan untuk membantu kesuburan pokok berkenaan.
Beliau berkata penyediaannya boleh dilakukan sendiri menggunakan formula lazim dan bersesuaian untuk pelbagai jenis tanaman termasuk sayur, buah-buahan dan bunga iaitu tanah, bahan organik dan pasir menggunakan nisbah masing-masing 3:2:1.
"Apa yang penting dalam penjagaan tanaman adalah air yang cukup, pencahayaan dan baja. Sekarang ini banyak perkongsian melalui media sosial mengenai cara menanam dan menjaga pokok malah anda boleh bertanya kepada mereka yang pakar untuk panduan.
"Pihak FRIM turut memberi sokongan kepada mereka yang berminat untuk menanam pokok dengan memberi khidmat nasihat pakar seperti mengenal pasti spesies, penyediaan tapak, teknik penanaman, pengurusan tapak semaian dan penjagaan pokok," katanya.
Beliau berkata melihat pokok-pokok yang menghijau dapat menjadi sumber ketenangan dan membantu individu menangani tekanan.
Siti Salwana berkata ketenangan dan kepuasan itu adalah ganjaran selepas mengerah kudrat menanam pokok yang penanamnya mungkin pada awalnya berpendapat mustahil untuk dilakukan.
"Cuba anda tanamkan sifat suka menanam pokok, apa jenis sekali pun dan jadikan ia hobi. Bagi ibu bapa, mereka boleh mendidik anak-anak untuk menanam pokok dengan mengajak bersama-sama melakukan aktiviti berkenaan," katanya.
Sumber: BERNAMA
Pokok meranti tembaga (Shorea leprosula) tergolong dalam famili Dipterocarpaceae. Pokok ini mempunyai bunga kecil dan harum yang didebunga (pollinated) oleh serangga kecil dari order Thrysanoptera.
Pokok ini boleh tumbuh sehingga 60 m tinggi, dengan diameter batang pokok mencapai sehingga 1.5 m.
Selain meranti tembaga, nama-nama tempatan lain bagi spesies ini termasuk meranti betul (Terengganu), meranti bunga (Negeri Sembilan), meranti lampung dan meranti temak (Kedah), meranti hijau dan meranti kait-kait (Pahang) serta meranti sabut (Perak). Di Sabah, pokok ini dikenali sebagai seraya tembaga.
Spesies ini tergolong dalam kategori 'Kurang Membimbangkan' (Least Concern) dalam Senarai Merah Malaysia.
Kredit sumber: Laman Facebook Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Pokok Gelam atau dikenali juga dengan nama pokok kayu putih atau nama saintifiknya Melaleuca cajuputi dari famili Myrtaceae merupakan pokok yang mengeluarkan sumber minyak perubatan dipanggil minyak cajuput atau minyak kayu putih. Pokok gelam boleh didapati tumbuh meliar di kawasan terbiar dan berpaya di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pokok gelam boleh mencapai ketinggian sehingga 15-20m dengan kanopi padat dan sempit. Daunnya menyerupai daun pokok Acacia. Daunnya mengeluarkan bau seakan pokok teh apabila dihancurkan. Buah akan pecah untuk menyebarkan bijinya yang berwarna coklat. Bunga kecil berkrim kuning memanjang berbentuk berus botol menyebabkan ianya juga dikenali dengan nama bottle brush plant.
Pokok gelam dianggap sebagai pokok yang lasak kerana mampu menahan keadaan kemarau, angin yang kuat atau suhu panas yang melampau. Pokok gelam juga sesuai dijadikan tanaman landskap yang menarik di taman-taman.
Batang pokok gelam kurus dan kelihatan seperti berpintal disaluti kulit yang lembut tebal berwarna putih keperangan hingga kelabu dan boleh mengelupas dalam kepingan besar seperti helaian kertas yang sering disebut juga dengan nama pokok kulit kayu kertas.
Daun pokok gelam digunakan dalam menyuling cajeputi yang digunakan untuk tujuan perubatan dan antiseptik. Bagi masyarakat Malaysia daunnya digunakan untuk merawat sakit perut dan taun. Di Indonesia pula pokok ini digunakan untuk merawat luka akibat terbakar, sakit perut, kekejangan, penyakit kulit, luka dan pelbagai sakit dan penyakit. Bagi penduduk Burma, daunnya digunakan untuk merawat gout, Indochina untuk merawat penyakit sendi.
Manakala kayu pokok gelam yang berwarna merah jambu/coklat mempunyai tekstur seragam dan popular untuk digunakan untuk ukiran, membuat kabinet dan kepingan kulit kayu pokok ini banyak digunakan dalam industri membuat perahu terutama untuk penebatan diantara kepingan papan perahu.
Bagi penternak lebah madu, ia merupakan tumbuhan paling digemari pengusaha untuk memindahkan haif-haif lebah disebabkan tumbuhan ini berbunga sepanjang tahun dan boleh menghasilkan madu yang berkualiti.
Kredit sumber :
Laman Facebook Jabatan Pertanian Malaysia
Laman web rasmi Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) https://www.mybis.gov.my/sp/2128
Dikenali sebagai kelumpang burung kerana buahnya amat digemari oleh kebanyakan burung. Sterculia parviflora merupakan spesies pokok dalam famili Sterculiaceae. Sterculia berasal dari perkataan Sterculius (Raja Kompos) dalam mitologi Roman, yang merujuk kepada aroma bunga yang kurang menyenangkan bagi genus ini.
Sterculia parviflora dikatakan sebagai salah satu daripada pokok Sterculia yang terbesar di rantau ini. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 7-20m dan batang berukuran 180cm dengan kulit kayu yang bewarna seakan-akan merah jambu. 3 pokok yang ada di KK4 ni baru dalam ketinggian 5 hingga 7meter sahaja. Ia mempunyai daun ringkas yang berbentuk bujur dan bujur eliptik bersaiz 10-27cm panjang dan 5-15cm lebar.
Pod biji benihnya yang besar serta berwarna merah dengan tekstur baldu, sangat menyerlah untuk menarik perhatian hidupan liar terutama burung serta spesies pemakan buah. Tupai amat suka memakan buahnya sebelum pod biji benih tersebut terbuka bagi mendapatkan biji hitam di dalamnya. Monyet pula dikatakan gemar meminum jus dari pod biji benih yang belum terbuka.
Pokok ini sering digunakan sebagai tumbuhan hiasan dan boleh dijumpai di India, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia direkodkan sebagai spesies ‘Risiko Rendah’ berdasarkan Buku Data Merah IUCN. Spesies ini biasa terdapat di hutan tanah rendah dan hutan bukit.
Kredit Sumber: Kebun Komuniti Presint 14
Greening Malaysia: 100 Million Trees Campaign Webinar Series pada 25 Mei 2021 yang lalu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai pihak yang mengambil berat akan kepentingan usaha-usaha restorasi hutan di seluruh Malaysia.
Dapatan servei yang telah dibuat untuk tajuk sesi webinar akan datang telah di pilih untuk makluman bersama.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah membangunkan laman web dan satu aplikasi mudah alih “Penghijauan Malaysia” bagi memantau pelaksanaan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok secara sistematik dan teratur.
Pengunaan laman web adalah sesuai digunakan untuk agensi kerajaan yang memuat naik data penanaman pokok dalam skala besar manakala aplikasi mudah alih sesuai digunakan oleh orang perseorangan.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) amat mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, badan-badan bukan kerajaan dan individu yang berminat boleh menggunakan bahan hebahan seperti poster, pepanji dan infografik bagi tujuan promosi kempen.
Hasil bumi tanah kita pernah mencipta sejarah dunia, namun dikomersialkan orang asing hingga generasi hari ini tidak lagi mengenali pokok getah percha. Gutta Percha atau Pokok Nyatoh Taban Merah nama saintifiknya Palaquium gutta daripada famili Sapotaceae merupakan spesies pokok yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pokok berharga kepada Kerajaan British.
Permintaan tinggi spesies tersebut disebabkan oleh kegunaan getah pokok ini sebagai penyalut kabel dalam air semasa perkembangan pesat telekomunikasi antarabangsa pada pertengahan abad ke-19. Permintaan tinggi & eksploitasi yang melampau terhadap pokok inilah yang mendesak British untuk memulakan pengurusan hutan serta penyelidikan perhutanan di Tanah Melayu pada hujung abad ke-19 sehinggalah kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tahun 1985.
'Gutta' bermaksud 'getah' manakala 'percha' adalah nama pokok tersebut. Pokok ini mula mengeluarkan getah berwarna putih bila melebihi 15 tahun. Pada suhu bilik, getah gutta percha adalah keras namun apabila dipanaskan, bahan ini boleh dikepal-kepal menjadi pelbagai bentuk. Sifatnya yang mudah lentur & tahan tekanan tinggi inilah yang menyebabkan ianya sesuai untuk pembuatan penyalut dawai dalam air, selain ianya digunakan sebagai pelapis bola golf, dalam rawatan gigi, penghasilan genggaman pistol dan bahan perhiasan.
Sumber informasi daripada: FRIM
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) amat mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, badan-badan bukan kerajaan dan individu yang berminat boleh menggunakan reka bentuk dalam format Adobe Illustrator (AI) dan Adobe Acrobat (PDF).
Syarat pengunaan logo dan pepanji ini adalah mudah sahaja iaitu dengan hanya merekodkan data penanaman pokok di dalam laman web www.100jutapokok.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih "Penghijauan Malaysia" yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
Photo by Orangperak.com
Samanea saman atau lebih dikenali sebagai pokok hujan-hujan berasal daripada Amerika Selatan dan mula ditanam di Tanah Melayu pada tahun 1876. Spesies ini telah diperkenalkan untuk penanaman di kawasan bandar seawal tahun 1900-an dan sehingga kini masih popular ditanam terutamanya di pinggir-pinggir jalan dan lebuhraya. Pokok ini mempunyai sifat yang istimewa dimana ia akan menguncupkan daun majmuknya pada waktu senja atau waktu hujan. Atas sebab itu, ia dipanggil pokok hujan-hujan.
Pokok ini dikategorikan sebagai pokok teduhan yang merupakan antara ciri-ciri utama dipilih sebagai penanaman pokok landskap di negara kita. Silara pokok hujan-hujan yang kembang seperti payung akan bertaup dan memberikan kesan seperti gerbang teduhan. Antara tempat menarik di negara kita yang ditanam dengan pokok ini adalah di Taman Tasik Taiping, Perak. Ia memberikan ciri-ciri unik dan menarik minat pengunjung.
Pokok hujan-hujan yang matang kelihatan megah namun ia akan menjadi menakutkan apabila pokok ini dipenuhi epifit atau tumbuhan tumpangan seperti paku langsuyar, paku tanduk rusa atau anggerik merpati. Bunga pokok ini bersaiz kecil, berkelompok, putih hingga ke merah jambu dan agak harum menjadikan ia lebih seram jika berjalan melaluinya pada waktu malam.
Pokok hujan-hujan mula ditanam pada tahun 1927 sebagai projek perintis dalam kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. Sehingga kini, terdapat pokok hujan-hujan yang batangnya hampir mencecah garis pusat 180 cm.
Info kredit kepada: FRIM dan Harian Metro
Pokok belian (Eusideroxylon zwageri) merupakan sejenis pokok yang unik dan mempunyai ciri pertumbuhan yang istimewa. Ia merupakan pokok kayu keras yang bukan tergolong dalam kumpulan Dipterokarpa. Pokok belian tumbuh dengan perlahan dan mengambil masa sehingga 120 tahun untuk mencapai garis pusat 30 cm. Pokok ini boleh tumbuh sehingga 30 m - 40m tinggi, dengan diameter batang pokok mencapai 1 m. Biji benih pokok belian adalah beracun dan sangat keras.
Pokok ini dikenali sebagai Belian (Sabah dan Sarawak), Borneo ironwood (European Union), Onglen, Tebelian, Tulian, dan Ulin (Indonesia) serta Biliran, Sakian dan Tambulian (Filipina). Taburan semulajadi pokok ini adalah di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Filipina.
Pokok belian tumbuh di kawasan hutan tanah pamah dan hutan sekunder dengan ketinggian 500 m dari paras laut. Biasanya, pokok belian boleh dijumpai di sepanjang sungai. Pokok belian juga merupakan pokok rasmi negeri Sarawak. Pokok belian merupakan pokok yang tergolong antara kumpulan pokok kayu keras terberat di dunia dan amat bermutu serta mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Kayunya sangat keras, tidak mudah reput dan tahan secara semula jadi disebabkan ciri-ciri anatomi unik sehingga ia digelar "Borneo ironwood". Pokok ini juga mempunyai kepadatan yang tinggi sehingga tidak akan timbul di dalam air. Kayu belian banyak digunakan dalam pembinaan berat dan berskala besar seperti membuat struktur rumah, tiang, lantai dan dinding. Selain itu, tunggul kayu pokok belian yang ditanam akan kekal di tanah sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Kepingan belian juga dibuat sebagai hiasan luar bumbung rumah. Seluruh struktur rumah tradisional di Sarawak juga dibina menggunakan kayu belian. Malahan di sesetengah tempat di Sarawak, tiang elektrik masih lagi menggunakan kayu belian.
Kredit gambar dan info kepada: FRIM, Borneodihati dan Thesarawaklegacy
Nama 'tongkat ali' sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, namun ramai mungkin tidak pernah melihat pokoknya.
Nama saintifiknya, iaitu Eurycoma longifolia menjelaskan serba sedikit mengenai ciri-ciri fizikal pokok tongkat ali.
'Eury' bermaksud lebar dan 'come' bermaksud jambak dalam bahasa Yunani, maka gabungan nama genus Eurycoma merujuk kepada ciri pokok tongkat ali iaitu daun-daun tumbuh berkelompok membentuk suatu jambak yang besar di bahagian atas. Dalam bahasa Latin pula, 'longus' membawa maksud panjang manakala 'folia' merujuk kepada daun. Oleh itu, 'longifolia' menghuraikan daunnya yang agak panjang mencecah satu (1) meter.
Daun-daun tongkat ali bertumpu di hujung batang yang biasanya tidak bercabang, bagaikan bunga manggar yang menyerikan sesuatu acara keraian atau sambutan orang-orang besar seperti majlis perkahwinan, perasmian dan perarakan.
Tongkat ali daripada famili Simaroubaceae ini mempunyai taburan yang luas di Asia Tenggara, iaitu dari selatan Myanmar ke Filipina, Indochina (Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja), Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Di Malaysia, tongkat ali merupakan pokok kecil setinggi 10 meter yang biasa dijumpai di lapisan bawah kanopi utama di kawasan hutan pantai berpasir sehingga ke kawasan pergunungan sekitar 1,000 meter.
Buah tongkat ali mempunyai lapisan berisi yang diminati burung-burung liar yang memainkan peranan dalam penyebaran biji benihnya. Tongkat ali mengeluarkan jambak bunga yang agak besar dan menarik. Bunganya berkelopak merah hati dan dilitupi bulu.
Akarnya banyak digunakan dalam perubatan tradisional termasuklah sebagai afrodisiak bagi meningkatkan libido dan kekuatan fizikal. Ia juga direbus dalam air yang diambil sebagai tonik kesihatan selepas bersalin, meredakan demam, merawat cacing usus, disentri serta untuk membantu pencernaan, mengubati ulser mulut dan penyakit jaundis. Daunnya boleh direbus dalam air untuk disapu pada bahagian badan untuk mengurangkan gatal-gatal atau demam.
Ramai dalam kalangan kita tahu bahawa bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Bagaimana dengan pokok kebangsaan kita? Mungkin masih ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang belum mengetahui bahawa kita sudah mempunyai pokok kebangsaan.
Pada 23 Ogos 2019, pokok merbau (Intsia palembanica) telah diangkat sebagai pokok kebangsaan dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan kekayaan biodiversiti negara.
Pokok kebangsaan juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada pembangunan industri, ekonomi serta kesejahteraan negara.
Idea pokok kebangsaan telah dicetuskan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi membangkitkan semangat cintakan khazanah hutan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kayu merbau merupakan kayu keras berat (heavy hardwood) yang berkualiti tinggi, tahan lama serta tahan serangan anai-anai. Ketahanan kayu pokok ini melambangkan keutuhan integriti hutan negara hasil daripada pengurusan secara lestari serta usaha pemuliharaan khazanah kepelbagaian biologi hutan Malaysia.
Ketahanannya terbukti dengan penemuan artifak-artifak purba diperbuat daripada kayu merbau di Gua Ago Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah yang berusia hampir 900 tahun dan masih berada dalam keadaan kukuh.
Pokok merbau, daripada keluarga Fabaceae, juga dikenali sebagai malacca teak, borneo teak, moluccan ironwood, ipil, kwila dan mirabow.
Spesies pokok merbau didapati secara meluas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia tumbuh di hutan tanah pamah terutamanya di pinggir sungai hingga ketinggian 1,000 m dari aras laut.
Ekstrak daun merbau digunakan dalam perubatan tradisional dan buah yang muda boleh dimakan setelah dipanggang dan direbus. Pokok merbau biasanya bersaiz sederhana besar hingga besar, berbatang lurus, tumbuh hingga 50 m tinggi dan berakar banir hingga 4 m tinggi.
Batang pokoknya berwarna putih keperangan. Anak daunnya tebal, berkilat serta berbentuk bujur. Bunganya berwarna putih kekuningan manakala buahnya leper, bujur panjang, licin, coklat kehitaman apabila masak dan mengandungi tiga atau lebih biji yang rata dan tebal berukuran 3-4.5 cm panjang dan 1.5-3 cm lebar.
Kayu merbau yang tahan lasak dan berharga popular digunakan sebagai bahan untuk membuat lantai, misalnya lantai kolam renang kerana ia tidak mudah rosak dan tahan kereputan. Bintik-bintik berwarna emas di sepanjang ira kayu merbau kelihatan menarik dan sesuai dijadikan pelbagai produk hiasan serta kelengkapan rumah seperti meja, kerusi dan hiasan taman.