Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Program Penghijauan Malaysia di Tasik Raban, Lenggong
diterbitkan pada 10 April 2021

Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama Menteri Besar Perak, YAB Dato' Saarani bin Mohamad melancarkan program Penghijauan Malaysia di Tasik Raban Lenggong Sempena Kempen 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Perak pada 10 April 2021.

Dalam majlis tersebut, "Petak Khas Pokok Yang Sinonim Dengan Negeri Perak" dilancarkan dan sebanyak 21 spesies pokok tempatan yang sinonim dengan nama tempat dalam Negeri Perak telah ditanam.

YB Datuk Seri Menteri turut menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan serta melipatgandakan usaha bagi menjayakan agenda nasional Penghijauan Malaysia dengan sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025. Hadir sama, YBhg. Dato' Mohd Ridza bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan YBhg. Dato' Mohamed Zin bin Yusop, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my