Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta Pesta Kaamatan Sandakan warnai kempen penanaman pokok
diterbitkan pada 07 May 2022

Frederick Kugan bersama-sama peserta Unduk Ngadau dalam acara menanam pokok

Sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2022 Peringkat Daerah Sandakan, satu acara menanam pokok yang melibatkan para peserta Unduk Ngadau Sandakan telah diadakan di Sibuga Golf Club pada 7 Mei 2022.

Aktiviti ini bersesuaian dengan pesta yang bertemakan, "Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi" (Kaamatan Monunduan do Winorun) tahun ini serta menyokong Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang sedang dijalankan di seluruh Malaysia bagi tempoh 2021-2025.

Acara dirasmikan oleh Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan dan turut dihadiri Benedict Asmat, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan; Liew Pin Cheong, Presiden Sibuga Golf Club dan Paul Leo Lohuji, Pengerusi Pengelola Pertandingan Golf Amal sempena sambutan perayaan ini.

Sejumlah 14 anak pokok ditanam iaitu empat pokok fukugi (Garcinia subelliptica) dan 10 pokok Tabebuia rosea. Semasa acara tersebut, Kugan menjelaskan bahawa penanaman pokok ini bertujuan menyokong Kempen 100 Juta Pokok yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 4 Januari 2021.

Objektif kempen ini adalah untuk memelihara, memulihara dan meningkatkan litupan hijau negara serta meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat tentang kawasan berhutan di Malaysia.

Sabah mensasarkan 40 juta pokok untuk ditanam sepanjang tempoh kempen dan setakat ini, Sabah berada di tempat kedua (selepas Sarawak) dengan jumlah 6.5 juta pokok ditanam sejak pelancaran kempen ini.

Kugan berkata beliau yakin sasaran tanaman pokok di Sabah boleh dicapai dengan adanya Action Plan on Forest Plantation Development (2022-2036) yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah pada 25 Mac 2022.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sandakan dan Sibuga Golf Club atas sokongan. Katanya, JPS sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama yang berkaitan dengan kempen penanaman pokok.

Peserta acara menanam pokok Kempen 100 Juta Pokok bersama-sama Kugan (tengah)

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my