Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM adakan Majlis 'Hi Tea', aktiviti tanam pokok di Perlis
diterbitkan pada 01 April 2022

FRIM telah mengadakan Majlis 'Hi Tea' dan aktiviti menanam pokok bersama wakil beberapa jabatan kerajaan Perlis pada 1 April lalu di Stesen Penyelidikan FRIM di Mata Ayer (SPF Mata Ayer) untuk mengeratkan kerjasama khususnya dalam bidang pelancongan.

Pegawai-pegawai yang hadir terdiri daripada Muhd Fairuz Yahya, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis; Azizul Ismail, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Perlis serta Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Turut hadir, Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM; Dr Mohd Zaki Abdullah Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Dr Farah Fazwa Md Ariff, penyelaras stesen; dan Ahmad Fauzi Mohd Shariff, pengurus stesen.

Mereka menanam enam pokok spesies terancam seperti pokok merawan ungu (Hopea bracteata), giam malut (Hopea ferrea) dan belian (Eusideroxylon zwageri) di Laman Titian Kanopi stesen tersebut bagi menyokong usaha Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Selain itu, mereka juga melawat Titian Kanopi yang merupakan salah satu tarikan pelancongan negeri tersebut.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my