Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pelajar, pensyarah KT6T Tawau tanam pokok sempena Hari Bumi
diterbitkan pada 22 April 2022

Para pelajar dan pensyarah Kolej Tingkatan Enam Tawau (KT6T) telah menanam sebanyak 50 anak pokok pada program sempena Sambutan Hari Bumi yang dianjurkan KT6T bersama Pejabat Perhutanan Daerah (PPD) Tawau dan Pejabat Perhutanan Wilayah (PPW) Tawau, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) pada 22 April 2022.

Perasmian program dirasmikan oleh wakil Pegawai Perhutanan Daerah Tawau, Norhaida Sinar yang menyampaikan pokok-pokok berkenaan kepada Pengetua Cemerlang, Matnoor Sima.

Program tersebut melibatkan 155 peserta termasuk 123 pelajar, 14 pensyarah KT6T serta kakitangan PPD Tawau dan PPW Tawau.

Menurut Matnoor, program sambutan Hari Bumi tahun ini merupakan titik permulaan kolaborasi KT6T dengan JPS dalam menyalurkan ilmu berkaitan alam sekitar dan alam hutan sebagai pengetahuan tambahan bagi para pelajar.

Penanaman pokok oleh para pelajar dan pensyarah KT6T merupakan aktiviti kemuncak program tersebut. Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada lima spesies iaitu terap (Artocarpus odoratissimus), durian (Durio zibethinus), obah merah (Syzygium campanulatum), bunga tanjung (Mimusops elengi) dan kayu manis (Cinnamomum subcuneatum).

Aktiviti penanaman yang disokong oleh JPS selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak khususnya pelajar kolej mengenai pentingnya kawasan litupan hijau serta hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain menambahbaik ekosistem dan kelestarian alam sekitar.

Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui aktiviti penanaman pokok dan merupakan usahasama ke arah melindungi bumi kita.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my