Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS beri Batalian Pertama Regimen Sempadan 500 pokok
diterbitkan pada 22 April 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menyampaikan 500 anak pokok kepada Batalian Pertama Regimen Sempadan dalam satu program yang diadakan di Kem Taktikal Pulau Berhala pada 22 April 2022 lalu.

Spesies pokok terdiri daripada bayur (Pterospermum javanicum), ketapang (Terminalia catappa), bangkal (Nauclea orientalis) dan gaharu (Aquilaria malaccensis).

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Pegawai Perhutanan Wilayah (PPW) Sandakan, Jurimim Ebin yang menyampaikan pokok-pokok tersebut kepada Pegawai Pemerintah RKADRM Lt Kol. Mohamad Asrul Mohamad Sadalia.

Menurut Jurimin, pemberian pokok-pokok yang akan ditanam di beberapa lokasi kem di Sandakan ini adalah untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebanyak 50 anak pokok ditanam di kawasan lapang berdekatan kem tersebut oleh pasukan regimen selepas upacara perasmian.

Turut hadir, Julkifli Abu Bakar, Timbalan PPW Sandakan; Kilat Elok, Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan serta lima kakitangan PPD Sandakan. Program ini juga disertai oleh oleh anggota Regimen Batalion Kesepuluh di Kem Taktikal Pulau Berhala.

Program ini merupakan acara fasa pertama bagi penyampaian sebanyak 1,000 anak pokok kepada regimen tersebut. Baki 500 anak pokok lagi akan diserahkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my