Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, CMS Berhad tanam pokok di Kg. Beliung, Sebuyau
diterbitkan pada 09 April 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan CMS Berhad telah mengadakan program penanaman pokok di Kampung Beliung, Sebayau pada 9 April 2022 dengan melibatkan 40 peserta termasuk penduduk kampung tersebut.

Sebanyak 2,400 pokok ditanam dalam program yang merupakan inisiatif Pejabat Hutan Wilayah Kuching ini untuk mencapai sasaran tahunan penanaman pokok yang ditetapkan oleh Datu Hamden Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak.

Sepanjang program dijalankan, kesemua peserta memberi sokongan penuh kepada inisiatif JHS serta berharap agar lebih banyak lagi program penanaman dan pemuliharaan hutan dijalankan dari semasa ke semasa.

Selain itu, para peserta turut diberi pendedahan tentang maklumat jenis-jenis pokok bakau serta kepentingan fungsi atau peranan pokok bakau berkenaan dalam ekosistem alam semula jadi.

Sejak bermulanya Kempen Penghijauan Malaysia dan inisiatif "Greening Sarawak Campaign", JHS telah mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti restorasi dan penanaman dengan melibakan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan korporat, institusi pengajian tinggi awam/swasta serta komunti.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my