Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, UiTM tanam pokok di Perlis
diterbitkan pada 16 December 2021

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Kampus Arau telah mengadakan Program Penanaman Pokok di kawasan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) pada 16 Disember 2021 lalu.

Turut hadir, Prof. Madya Ts. Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Arau; Prof. Ts. Dr Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor; Mohd Saiful Akbar Mohamad Sahal, Ketua Pusat Pengajian FPA; serta Pengurus Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Ahmad Fauzi Mohd Shariff.

Program yang dikendalikan oleh Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM dan SPF Mata Ayer ini turut disertai ketua pusat pengajian, pensyarah serta wakil komunikasi korporat universiti tersebut.

Sebanyak 20 anak pokok daripada 10 spesies ditanam termasuk belian (Eusideroxylon zwageri) dan beberapa spesies terancam daripada famili dipterokarpa seperti resak ranting kesat (Vatica odorata subsp. odorata), balau pasir (Shorea materialis), giam melukut (Hopea apiculata), meranti daun lebar (Shorea hemsleyana), meranti singkawang merah (Shorea singkawang) serta keruing cogan (Dipterocarpus rigidus).

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menanam 30 pokok lagi pada tahun 2022 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my