Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, MTC tanam pokok di SPF Selandar
diterbitkan pada 03 January 2022

Wakil-wakil Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (Malaysian Timber Council, MTC) telah menanam 16 pokok Eucalyptus pellita di Stesen Penyelidikan FRIM Selandar (SPF Selandar), Melaka pada 30 Disember 2021 bagi menyokong Program Penghujauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti tersebut diadakan sempena lawatan Pengurusan Tertinggi MTC untuk meninjau pertumbuhan pokok Eucalyptus hibrid dan E. pellita yang ditanam di situ bagi mengkaji keberkesanan serta kesesuaian untuk dibangunkan sebagai spesies ladang hutan.

Delegasi MTC terdiri daripada Hajah Norrida Yusoff, Pengerusi Lembaga; Muhtar Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif; Mokhtar Mohd Yaacob, Pengarah Pembangunan Industri; Noraihan Abdul Rahman, Pengarah Perhubungan dan Korporat; dan Datuk Chua Hock Gee, Ahli Lembaga.

Mereka disambut oleh Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang; Dr Nor Hasnida Hassan, Ketua Program Bioteknologi; dan Dasrul Iskandar Darus, Penyelaras SPF Selandar.

Rosdi memberi taklimat ringkas mengenai stesen tersebut dan pokok Eucalyptus. Delegasi juga melawat plot tanaman Eucalyptus hibrid yang ditubuhkan pada 2013 dan E. pellita (2015).

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my