Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Program Penghijauan Malaysia "Hijaukan Bumi: Azam Tahun Baru 2022"
diterbitkan pada 01 January 2022

JPN Johor dgn kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Econinja & komuniti Mukim Ayer Hitam, Muar telah mengadakan aktiviti menanam pokok sempena Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi Tahun 2022.

Bertemakan "Hijaukan Bumi: Azam Tahun Baru 2022" JPN Johor berhasrat untuk menyemarakkan lagi sambutan tahun baru melalui saluran yang positif khususnya buat golongan belia dari kalangan pelajar untuk bersama-sama menjalankan aktiviti penanaman pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia.

Seawal jam 8 pagi, seramai lebih 70 orang peserta yg terdiri dari pelajar UTM, penduduk kampung & NGO telah berjaya menanam sebanyak 500 anak pokok yang terdiri daripada spesies Kempas, Meranti tembaga, Meranti pa'ang, Meranti rambai daun, Kundang hutan, Saga dan Kasai.

Program ini telah dilaksanakan di Kompartmen 8, Hutan Simpan Ayer Hitam Utara, Muar yang merupakan bekas kawasan pencerobohan hutan pada tahun 2020 bagi pengeluaran kayu secara haram.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memupuk semangat cintakan alam bersempena dengan kedatangan tahun baru 2022.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my